Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA TINDAKAN TERHADAP KECUAIAN PENGASUH – BERITA HARIAN -16/7/18
16 Jul 2018

BH (KECUAIAN PENGASUH)-01

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan serta masalah membabitkan pusat asuhan kanak-kanak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh penting supaya kes penderaan membabitkan kanak-kanak di pusat asuhan tidak berulang selain pemeriksaan lebih tegas terhadap sijil layak menduduki (CF) di semua pusat asuhan berdaftar.

“Kita minta kementerian yang berkenaan beri tumpuan luar biasa terhadap isu penderaan sehingga mengakibatkan kematian kanak-kanak termasuk di pusat asuhan yang tidak berdaftar.

“Kita tidak mahu kes seperti ini terus berulang kerana sudah ramai ibu bapa berdepan masalah sama tetapi tidak dapat pembelaan sewajar daripada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media berhubung kes kematian kanak-kanak di rumah pengasuh di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Biro Wanita PPIM, Suraya Ali berkata, pihaknya setakat ini mendapat lima aduan daripada ibu bapa mengenai tiga kes kematian, satu kes kecederaan kekal dan satu kes kecederaan tidak kekal membabitkan bayi berusia lima hingga tujuh bulan.

“Pihak berkuasa maklum mengenai kesemua kes ini kerana mengikut prosedur, pihak hospital akan melaporkan kepada polis apabila berlaku kecederaan tidak semula jadi yang membabitkan kanak-kanak.

“Namun PPIM berasa ibu bapa ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa,” katanya.

 

Artikel Oleh : Berita Harian

PPIM GESA TINDAKAN TERHADAP KECUAIAN PENGASUH

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/449803/ppim-gesa-tindakan-tegas-terhadap-kecuaian-pengasuh