Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA TUBUH JAWATANKUASA KHAS BANTU PENGUSAHA BAS – MALAYSIA KINI – 25/11/2020
26 Nov 2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu memulihkan industri perkhidmatan bas dan pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berpendapat jawatankuasa itu harus ditubuhkan untuk menjamin kelestarian industri perkhidmatan bas dan kemampanan industri pelancongan negara ini.

“Pandemik Covid19 yang berlaku ini bukannya sesuatu yang kita dapat menduga kesannya.

“Ini adalah cabaran global bukan hanya di negara kita, maka pihak kerajaan seharusnya melihat dan mempertimbangkan secara menyeluruh industri dan ekonomi yang terkesan termasuk industri pelancongan khususnya kepada pengusaha-pengusaha bas.

“Kami merasakan bahawa satu jawatankuasa harus ditubuhkan untuk meneliti, memantau dan mengkoordinasikan segala isu-isu kritikal berkaitan industri yang boleh dipantau terus melalui Pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara, industri pelancongan terjejas teruk selepas kerajaan menutup sempadan negara daripada dimasuki pelancong dari luar negara.

Berikutan itu, Nadzim berkata Pengusaha-pengusaha Bas Malaysia (Gabungan Bas Malaysia) memohon kerajaan memberi kelonggaran tertentu kepada pengusaha bas yang hilang pendapatan, selain Geran Khas Prihatin (GPK) melalui peruntukan Belanjawan 2021.

“Bebanan isu ‘renew’ polisi insuran yang berterusan dan diskaun tanpa tuntutan (NCD) yang rendah harus dikaji semula. 

“Malah pada masa yang sama mohon kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian bantuan pinjaman dari bank-bank untuk membolehkan mereka menjana pendapatan selain menggesa agar skim subsidi minyak diesel juga diperluaskan lagi,” kata Nadzim.

Selain itu katanya, pengusaha bas turut merayu agar kerajaan mengkaji semula dan memberikan kelonggaran khas moratorium ke atas syarikat-syarikat kredit pinjaman yang tidak dikawal selia oleh pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia.

Artikel oleh: Malaysia Kini

PPIM GESA TUBUH JAWATANKUASA KHAS BANTU PENGUSAHA BAS 

https://www.malaysiakini.com/news/552507