Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GUNA TIKTOK NASIHAT PENGGUNA – HARIAN METRO – 12/07/2021
13 Jul 2021

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjadikan aplikasi TikTok sebagai medium terbaru memberi kesedaran kepada pengguna di seluruh negara.

Sejak seminggu lalu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ‘beraksi’ di aplikasi itu dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan kepenggunaan termasuklah halal dan penipuan atau scammer.

Nadzim berkata, setakat ini beliau menerima maklum balas positif mengenai usaha itu daripada pelbagai pihak.

“Ini kerja untuk pengguna. Kalau ikutkan usia, ia mungkin lebih sesuai kalau orang muda di depan kamera seperti ini.

“Tetapi saya tidak mahu ketinggalan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Mula-mula kekok kerana dipaksa (kakitangan PPIM), tapi demi pengguna di Malaysia, saya gigihkan juga.

“Sejak 20 tahun lalu, kita sudah buat macam-macam. Kenyataan media, rakaman video, langsung di Facebook dan Instagram dan kali ini TikTok pula,” katanya.

Nadzim berkata, usaha itu akan diteruskan bagi memastikan orang ramai sentiasa diingatkan mengenai pelbagai isu terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kehidupan berubah.

Menerusi TikTok katanya, beliau memberi pesanan ringkas mengikut situasi terkini di dalam negara.

Katanya, PPIM juga mengoptimumkan aduan secara online ketika PKPD bagi memudahkan orang ramai berurusan.

“Insha-Allah, bila keadaan reda nanti, kita akan teruskan secara bersemuka seperti biasa,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM GUNA TIKTOK NASIHAT PENGGUNA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729775/ppim-guna-tiktok-nasihat-pengguna