Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM jumpa syarikat pajak kereta – Sinar Online – 24/7/2017
24 Jul 2017

Snapshot

SERI KEMBANGAN – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) dan beberapa pemilik kereta yang didakwa ditipu oleh penipuan pajakan kenderaan tiba di ibu pejabat syarikat itu, dekat sini, untuk menuntut pembebasan kenderaan mereka.

Kehadiran kira-kira jam 11.30 pagi tadi diketuai oleh aktivis utama PPIM Yusuf Azmi.

Rundingan yang awalnya berlangsung dengan aman kemudian bertukar sedikit tegang apabila berlaku pelbagai pandangan dan pendapat daripada pihak syarikat pajakan, PPIM dan pemilik kereta.

 Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megar Aminuddin Megat Alias bersama pegawainya turut tiba ketika perbincangan tersebut berlangsung.

Sehingga jam 1 petang, proses perbincangan masih berjalan selain pihak syarikat pajakan yang difahamkan telah menyerahkan borang penamatan kontrak kepada pemilik kereta.

Selain itu, anggota polis turut berkawal sepanjang proses perbincangan tersebut berjalan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ppim-jumpa-syarikat-pajak-kereta-1.707576