Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
#PPIM: KETATKAN SYARAT JUAL BELI ASID ELAK PERBUATAN JENAYAH
28 Jul 2015

Syarat jual beli cecair asid perlu diperketatkan bagi menyekat bahan itu daripada digunakan bagi maksud perbuatan jenayah, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.


Beliau berkata langkah perlu dibuat untuk turut merekod butiran peribadi pembelinya.
PETIKAN VIDEO RTM:

“Selain dibuat sendiri, asid mudah diperoleh di pasaran tanpa penjualnya mempersoalkan tujuan penggunaannya.

“Kalau kita tetapkan pendaftaran dan pengambilan butiran pembelinya, sekurang-kurangnya ia dapat membendung keinginan penjenayah menggunakannya untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian lima individu yang melecur dan terpaksa dirawat di hospital akibat disimbah asid yang dipercayai cuka getah di Kuala Kedah, Kedah dua hari lalu. – UTUSAN


PETIKAN VIDEO Astro Awani: