Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM LANCAR PORTAL ‘MYBELI.COM.MY’ SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK – ONE NEWS – 25/04/2021
26 Apr 2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, melancarkan portal khas ‘Mybeli.com.my’, dengan objektif menyatukan seluruh usahawan muslim dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Mybeli patuh syariah, dan mengutamakan barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

Mybeli hasil kerjasama PPIM dengan rakan strategiknya iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap usahawan bagi menyertai platform Mybeli.

Justeru, PPIM berharap ramai usahawan muslim mendaftar, ke arah mengukuhkan perniagaan dan ekonomi menerusi platform e-dagang.

Artikel oleh: One News

PPIM LANCAR PORTAL ‘MYBELI.COM.MY’ SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

http://www.onenews.my/ppim-lancar-portal-mybeli-com-my-satukan-usahawan-muslim-bagi-pasarkan-perkhidmatan-dan-produk/