Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM, MALAKAT MALL, APM BANTU PERKENALKAN INOVASI CEGAH PENULARAN COVID-19 – MALAKAT TRIBUNE – 29/03/2020
30 Mar 2020

RAUDHAH CITY -Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab memaklumkan akan memanjangkan dua teknologi terkini yang membantu mencegah penularan Covid-19 kepada beberapa kementerian terlibat.

Menurutnya, beliau memuji inisiatif pertubuhan bukan kerajaan membantu kerajaan mencipta idea baharu dipanggil Virus Buster Nanospray untuk digunakan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Pada masa sama pihak kami akan membantu mereka memanjangkan maklumat kaedah dan penggunaan bahan-bahan yang digunakan kepada kementerian untuk dinilai,” katanya
dalam Majlis Penghebahan Langkah-Langkah Keselamatan mengikut prosedur di Malakat Mall hari ini.

Mengulas lanjut mengenai mengenai langkah-langkah pencegahan menggunakan dron pula, beliau berkata, buat masa ini pihaknya dalam proses untuk pengisian memaklumkan bagaimana dron dapat membantu kerja-kerja dengan lebih cepat dan mudah.

Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab

Jelasnya, penggunaan dron juga bakal dibawa kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Jadi saya akan bawa satu lagi cadangan
kepada pihak berkenaan untuk membantu membendung penularan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan idea membangunkan Virus Buster Nanospray tercetus disebabkan keperluan masyarakat masa ini terhadap penularan Covid-19.

Menurutnya, perkara itu dianggap satu cabaran  kepada setiap individu bila mana pulang ke rumah bimbang membawa pulang virus.

“Jadi kita bina satu kelengkapan khas yang boleh menyaring satu badan daripada sebarang pencemaran.

“Kita jumpa teknologi ini dan dipraktikkan di Malakat Mall iaitu satu-satunya pusat beli di Malaysia selain turut digunakan di China dan Indonesia,” katanya.

Lebih mesra dengan panggilan Toqqi, beliau berharap sistem ini dapat digunakan di semua premis utama termasuk pusat beli belah, sekolah, pusat tahfiz malah pejabat kerajaan juga.

“Pada masa sama pihak terlibat sentiasa berusaha membantu kerajaan mencipta kelengkapan yang lebih berinovasi supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

“Dengan meminimumkan kos projek ini diharapkan dapat diperluaskan bukan hanya sepanjang penularan Covid-19 tetapi pada bila-bila masa sahaja sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM, MALAKAT MALL, APM BANTU PERKENALKAN INOVASI CEGAH PENULARAN COVID-19

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/8319/