Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM MENGGESA MENCEPATKAN KEBENARAN UNTUK SOLAT BERJEMAAH DENGAN SAF YANG RAPAT – KENYATAAN MEDIA PPIM – 26/12/2021
26 Dec 2021

KUALA LUMPUR, 26 Disember – PPIM amat kecewa dengan keputusan Menteri Kesihatan Malaysia yang melengah-lengahkan lagi kebenaran untuk merapatkan saf solat jemaah di masjid dan surau seluruh negara.

Alasan yang diberikan iaitu untuk menilai situasi varian terbaru COVID-19; Omicron, ialah satu alasan yang amat lemah setelah berapa jabatan agama negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan solat dengan kapasiti penuh serta merapatkan saf.

“Kami berharap agar YB Khairy menimbang semula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan solat secara berjemaah yang diperintahkan oleh Allah ini dan menggariskan beberapa SOP yang lebih berkesan. Kami difahamkan pihak jawatankuasa masjid di beberapa buah negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan apa jua SOP tambahan bagi mengembalikan semula syariat ibadah solat berjemaah yang sangat dituntut ini”, ujar Ketua Aktivis, toqqi@Nadzim Johan.

PPIM juga menggesa para agamawan supaya memberikan kesedaran dan kewajaran dalam mengembalikan semula unsur pengimarahan masjid melalui kaedah solat berjemaah yang disarankan.

“Saya meminta agar para agamawan dan alim ulama supaya tampil untuk memberikan kesedaran dan kewajaran bagi menimbang secara serius untuk solat berjemaah menurut cara yang telah ditetapkan iaitu dengan saf yang rapat, dan tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan semata-mata.” tambah beliau lagi.

PUTRAJAYA, 19 Jun — NORMA BAHARU… Jemaah menunaikan solat Jumaat dalam kedudukan jarak sosial mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Seramai 1,900 jemaah dibenarkan solat Jumaat di masjid itu. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA