Menerusi blog tersebut, penulis mendakwa PPIM menerima wang sebagai balasan untuk tidak menyelesaikan aduan daripada pengusaha   francais makanan tersebut.

 Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan pihaknya tidak pernah mengambil wang sogokan malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

“Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, tiada duit tetapi tidak pernah menerima wang sogokan, meminta wang dan tidak mungkin akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

“Kita ada menerima aduan daripada mangsa (francaisor) berkaitan masalah dengan syarikat makanan tersebut dan telah berjumpa pihak terbabit namun tidak mengambil kes ini kerana ini ia kes besar dan perlu diselesaikan oleh kementerian berkaitan,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini . – UTUSAN ONLINE –