Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM PANTAU ASNAF YANG DIBANTU – PPIM – 09/07/2019
09 Jul 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan terus memantau perkembangan Marsyilla dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata pihaknya memerlukan ramai sukarelawan dari golongan korporat dan usahawan yang berjaya bagi membantu membimbing golongan asnaf untuk keluar dari kemiskinan.

“Kita mahu bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan bantuan dan kewangan yang diberikan kepada asnaf tidak disalahguna dan tidak sia-sia,” katanya.

Nadzim berpendapat rakyat Malaysia mampu mengubah persepsi terhadap asnaf dan tidak lagi melihat mereka dari sudut kemiskinan sahaja namun dapat melihat potensi mereka dan membantu mengembangkan potensi itu ke arah kebaikan.

“Kita mahu selepas ini golongan asnaf yang ada berjaya sehingga mereka menjadi pembayar zakat dan membantu menjadi pemangkin kepada asnaf yang lain,” katanya.

Menurut Nadzim, membayar Zakat dan menyokong produk serta perkhidmatan oleh golong asnaf merupakan Jihad Ekonomi terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini.