Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM PERKENAL KLINIK BASMI MUFLIS – UTUSAN MALAYSIA – 26/5/2017
26 May 2017

utusan malaysia 26.5.2017

KUALA LUMPUR 25 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memperkenalkan Klinik Basmi Muflis dalam usaha membantu mereka yang diisytiharkan muflis.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, klinik yang terletak di pejabat PPIM di Kuala Lumpur itu menyediakan semua bentuk bantuan yang diperlukan oleh golongan tersebut yang berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan.

“Saya sebelum ini dimaklumkan banyak orang menghadapi masalah itu tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk keluar daripada situasi tersebut. Jadi PPIM memperkenalkan klinik ini untuk mereka mencari jalan penyelesaian.

 “Kami ingin membantu mereka kembali dan menjadi anggota masyarakat yang membantu dalam membangunkan negara,” katanya selepas majlis pelancaran klinik itu di sini hari ini.

Klinik Basmi Muflis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra Taha pada majlis tersebut.

Nadzim berkata, mereka yang menghadapi masalah terbabit hanya perlu datang ke pejabat PPIM untuk memohon bantuan yang diperlukan atau menghubungi 016677899 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Antara bantuan yang disediakan memberi maklumat mengenai langkah yang perlu mereka ambil selepas diisytiharkan muflis. Kami menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan sepanjang penyelesaian masalah itu.

“Bagaimanapun, jika mereka memerlukan bantuan khidmat peguam, kos itu perlu ditanggung sendiri namun kami akan membantu merujuk mereka kepada peguam dengan caj berpatutan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memuji pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk PPIM dalam mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang menghadapi masalah itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-perkenal-klinik-basmi-muflis-1.486405#ixzz4iANYwq1g
© Utusan Melayu (M) Bhd