Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM ROMBAK STRUKTUR – HARIAN METRO – 17/09/2019
17 Sep 2019

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memberikan fokus kepada penyampaian maklumat kepenggunaan dengan cara yang lebih berkesan dalam usaha mengekang aktiviti penipuan di negara ini.

Menerusi perubahan struktur pengurusannya, ia turut membabitkan pendidikan kepenggunaan menggunakan kaedah terkini bagi memastikan nasib pengguna terus dibela.

Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata, dalam rombakan yang dibuat minggu lalu, pihaknya mengenal pasti beberapa aspek penting untuk terus kekal sebagai rujukan pengguna seperti mana dilakukan sejak 20 tahun lalu.

“Kita lakukan perubahan struktur persatuan dengan menilai semula biro yang ada untuk terus relevan dengan kehendak semasa.

“Zaman berubah dan isu kepenggunaan juga tidak lari daripada itu. Setiap hari kita didedahkan dengan penipuan baru dan sesiapa saja boleh menjadi mangsa.

“Insya-Allah PPIM terus menjadi platform suara pengguna dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa.

“Dengan rombakan ini, saya harap kita akan terus berada di barisan depan membantu seramai mungkin pengguna di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Turut tersenarai dalam kepimpinan baru ialah Pengerusi Yayasan Muamalat Belia Datuk Norazman Idris yang dilantik Timbalan Pengerusi PPIM.

Datuk Nadzim Johan masih kekal sebagai Ketua Aktivis dan Pengerusi sementara Setiausaha Agung masih disandang Datuk Dr Maamor Osman.

Sementara itu, Norazman berkata, pengalamannya sebagai penasihat khas sebelum ini akan digunakan sebaiknya untuk menggerakkan NGO itu sebagai juara pengguna.

“Saya berterima kasih atas lantikan ini dan berharap dapat membantu Datuk Nadzim dan pasukannya berdepan dengan pelbagai helah penipuan moden.

“Kita pernah berdepan cabaran sukar sebelum ini dan akan jadikannya sebagai panduan. Yangn penting ialah bagaimana membela pengguna menerusi pendidikan kepenggunaan yang berkesan,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM ROMBAK STRUKTUR

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497633/ppim-rombak-struktur