Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SETUJU PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN – UTUSAN MALAYSIA – 18/07/2019
19 Jul 2019

KUALA LUMPUR 18 Julai – Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju terhadap penangguhan levi pelepasan yang dikeluarkan oleh kerajaan ke atas semua penumpang udara keluar dari Malaysia bermula 1 September ini daripada tarikh asalnya seperti diumumkan semasa Belanjawan 2019 lalu pada Jun lalu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah kerajaan menangguhkan perlaksanaan itu setelah musim haji tahun ini selesai serta pengecualian ke atas mereka yang membuat perjalanan ibadah menurut agama masing-masing apabila ia akan berkuat kuasa nanti.

“PPIM mengalu-alukan pengecualian levi pelepasan ini bagi mereka membuat perjalanan ibadah haji dan umrah serta garis panduan yang jelas harus dikeluarkan untuk bangsa beragama lain.

“Perjalanan udara bukan lagi merupakan satu kemewahan tetapi ia keperluan segelintir orang dalam menyambung pelajaran serta pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 tahun lalu, kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain bermula 1 September ini dalam usaha menggalak pembangunan pelanco­ngan domestik.

Nadzim menambah, impak lebih ketara akan memberi kesan kepada ketibaan pelancong secara keseluruhan terutamanya ketika negara menyasarkan lebih 30 juta pelancong asing datang ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

“Kesannya turut dijangka akan melibatkan industri pelancongan dan ekonomi negara secara keseluruhan serta lanjutan kepada hotel, pusat beli-belah, pemandu teksi dan e-hailing yang bergantung pendapatan terhadap industri ini.

“Kami mewakili pengguna di negara ini menyambut baik kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi untuk menunda pelaksanaan levi pelepasan ini setidak-tidaknya selepas Tahun Melawat Malaysia 2020 berakhir,” katanya.

Artikel: Utusan Malaysia

PPIM SETUJU PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/ppim-setuju-penangguhan-levi-pelepasan-1.939563