Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana PPIM telah menerima banyak aduan daripada Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia.
Beliau malah memberitahu, kerajaan perlu memandang serius mengenai perkara ini dan memberi tumpuan kepada para pelabur seluruh dunia.
“Kami ingin meminta kerajaan memandang serius aduan pelabur asing dari seluruh dunia dan bukan hanya China sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah pusat sehenti akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi memudahkan kelulusan permohonan daripada usahawan asing untuk menubuhkan perniagaan atau melabur di Malaysia.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika berada di China untuk menyertai 36 pemimpin dunia dan peserta dari 130 negara China sempena Satu Jalur Satu jalan atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.
Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia berkata, pertubuhan itu terpaksa mendapatkan bantuan PPIM yang membantu pelabur dengan banyak isu birokrasi yang membebankan pelabur yang datang ke Malaysia.
“Malaysia telah kehilangan pelabur ke negara-negara seperti Vietnam dan Kemboja dari segi daya tarikan pelaburan dan kecekapan kerajaan,” kata jurucakap itu.
Selain itu, tambah jurucakap berkenaan, perbezaan dasar dan polisi antara kementerian-kementerian juga menyumbang kepada masalah kepada pelabur asing. -UTUSAN ONLINE
Artikel oleh : Utusan Malaysia
PPIM SOKONG KERAJAAN TUBUH PUSAT SEHENTI PELABUR ASING