Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SUMBANG RM50,000 UNTUK TABUNG HARAPAN – MALAYSIA GAZETTE – 9/6/18
11 Jun 2018

tabung harapan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM50,000 disumbangkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk Tabung Harapan Malaysia.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johor kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhamad Zahid Md. Arip.

Beliau mengharapkan sumbangan kecil dapat menjadi pemangkin kepada mereka yang belum terpanggil untuk ke hadapan dan turut menyumbang kepada tabung tersebut.

“PPIM merupakan satu NGO kecil yang mengharapkan dan sokongan kemakmuran dalam negara kita.

“Sumbangan ini merupakan satu penghargaan atas usaha kerajaan untuk mewujudkan satu negara yang memberi harapan kepada generasi akan datang,” katanya semasa Majlis Iftar dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai petang tadi.

Nadzim berkata, Tabung Harapan dilihat satu usaha baik dan memperlihatkan perpaduan dikalangan rakyat yang bersatu padu untuk membantu negara.

Turut hadir ada majlis itu ialah ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad serta beberapa pemimpin NGO dan penduduk setempat.

 PPIM dalam masa yang sama mahu pihak lain turut serta menyumbang tidak kira jumlah kecil atau besar.

Tabung yang dilancarkan pada 30 Mei lalu bermula dengan kutipan RM7 juta pada hari pertama.

Sejak itu, rakyat Malaysia dan pelbagai syarikat, tampil menyerahkan sumbangan mereka. – MalaysiaGazette

 

Artikel Oleh : Malaysia Gazette

PPIM SUMBANG RM50,000 UNTUK TABUNG HARAPAN

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/06/09/ppim-sumbang-rm50000-untuk-tabung-harapan/