Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA 3OO KES JENAYAH SIBER SETIAP TAHUN – Utusan Malaysia – 26/9/2017
26 Sep 2017

utusan malaysia 26.9.2017

KUALA LUMPUR 25 Sept. — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sekurang-kurangnya 3OO laporan kes melibatkan jenayah siber setiap tahun dan mangsa mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit sejak dua tahun lalu.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, rata-rata taktik digunakan sindiket penipuan alam maya itu menggunakan umpan atau dijanjikan kereta mewah, motor berkuasa tinggi dan barangan mewah secara percuma kepada individu bertuah.

Katanya, sindiket itu juga licik memperdaya kakitangan awam untuk mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara dalam talian yang didakwa lebih mudah dan pantas, namun hakikatnya adalah penipuan Semata-mata.

“Kebiasaannya mangsa menghubungi iklan menawarkan barangan mewah di laman Sosial. Selepas itu, sindiket ini pula menghubungi mangsa yang berminat dengan hadiah ditawarkan. Apabila kedua-dua pihak berjumpa, mangsa diminta membayar wang pendahuluan mencecah ribuan ringgit bagi mendapatkan hadiah berkenaan.

“Bagi pengeluaran wang KWSP pula, mangsa diperdaya dengan mengatakan permohonan mengeluarkan wang simpanan boleh dilakukan, namun dengan Syarat memberi bayaran pendahuluan yang didakwa untuk kos pengurusan mereka” katanya kepada Utusan Malaysia disini Semalam.

Nadzim berkata, sindiket berkenaan kemudian memberi pelbagai alasan untuk meminta wang berkali-kali daripada mangsa sebelum menghilangkan diri secara tiba-tiba selepas mencapai objektif mereka.

Katanya, pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti sindiket jenayah siber dan membasmi mereka sehingga ke akar umbi.