Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM UCAP TAHNIAH KEPADA PRESMA – PPIM – 25/09/2019
25 Sep 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Dato’ Jawahar Ali diatas lantikan beliau sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang baru.

Seluruh warga PPIM mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Pengerusi PPIM, Nadzim Johan berkata, pelantikan Jawahar sebagai Pengerusi PRESMA merupakan petanda baik kepada kempen SPPZ kerana penjualan kedai mamak Muslim tahun lalu hampir mencecah RM10 billion.

“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, Komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan turut mendapat tempias apabila PRESMA membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Ketika dihubungi, Jawahar yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden PRESMA yang baru.

“PRESMA akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Jawahar turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).