Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM WUJUDKAN BIRO UNDANG-UNDANG – KOSMO – 20/5/2017
20 May 2017

kosmo 20.5.2017

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam melancarkan Biro Undang-Undang serta Kad Kaunseling dan Guaman (KAGUM) yang berperanan memberi khidmat nasihat guaman bagi melindungi pengguna daripada ditipu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Kagum mempunyai seramai 125 peguam dan sukarelawan yang akan membantu menyelesaikan kemusykilan pengguna.

” Pembentukan biro itu dibuat selepas kita melihat terdapat banyak kes tipu yang lebih menjurus kepada perjanjian dan pelaburan.

” Kagum akan membantu menyemak status dokumen perjanjian atau pelaburan yang akan ditandatangani sebelum ia menjadi buruk,” katanya pada majlis pelancaran biro tersebut di sini semalam.

Tambahnya, setakat ini mereka telah menerima aduan 30 kes penipuan termasuk pelaburan saham dan masalah pinjaman.

Kagum boleh dihubungi di talian 011-11181000.