Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM ZAHIR SOKONGAN BANTU AKHBAR KOSMO!, UTUSAN MALAYSIA – KOSMO – 23/08/2019
23 Aug 2019

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan sokongan penuh kepada dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan dalam usaha memastikan suara keramat orang Melayu itu terus bergema pada masa akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sokongan tersebut bukan sahaja diterjemahkan menerusi pembacaan Kosmo! dan Utusan Malaysia setiap hari malah turut disertai dengan langganan akhbar itu secara berterusan.

“Kita mahu menyokong rakan media yang sentiasa membantu PPIM dan masyarakat khususnya dengan menyeru orang ramai untuk membantu kedua-dua akhbar itu bagi meringankan beban ditanggung mereka ketika ini.

“Selain itu, syarikat-syarikat besar juga disaran untuk membeli ruangan iklan di dalam akhbar tersebut selain mengharapkan sokongan mereka untuk terus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen PPIM Sokong Utusan dan Kosmo! di sini tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman; Datuk Jawahar Ali, Penasihat PPIM dan Datuk Dr .Mustafa Ahmad Merican, Pengerusi NGO Antarabangsa.

Pada majlis itu, Kumpulan Utusan yang diwakili oleh Pengarang Ahad Kosmo!, Azimi Mustapa turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 daripada PPIM sebagai tanda sokongan kepada akhbar tersebut. – K! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

PPIM ZAHIR SOKONGAN BANTU AKHBAR KOSMO!, UTUSAN MALAYSIA

http://www.kosmo.com.my/terkini/ppim-zahir-sokongan-bantu-akhbar-kosmo-utusan-malaysia-1.958768