Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROGRAM GOTONG-ROYONG “JOM BERSIH BUKIT BINTANG” – PPIM – 12/10/2019
13 Oct 2019

Terima kasih kepada Sukarelawan PPIM yang hadir menyumbang tenaga ke Program Gotong-Royong “Jom Bersih Bukit Bintang” melalui projek Blueprint Kebersihan Bukit Bintang pada hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PPIM, YBhg. Dato’ Noorazman bin Idris.

Selain daripada gotong-royong, para hadirin juga diberikan taklimat serta bengkel yang berkaitan dengan kitar semula, e-wasting, dan penjagaan sungai.

Jika anda turut berminat untuk menyertai program-program khidmat komuniti yang akan datang, boleh hantarkan Nama, No. MyKad, No. Tel & Emel ke 013-2262444 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan PPIM atau klik pautan WhatsApp ini:
https://SukarelawanPPIM.wasap.my

#SukarelawanPPIM #PPIM #volunteer #LA21KL #kualalumpur #KLBersih&Indah #DBKL
@ Bukit Bintang