Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROGRAM KEMPEN CEGAH JENAYAH SEMPENA ZON BERSIH 2017 – PPIM – 20/52017
22 May 2017

20 Mei 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput oleh Jawatankuasa Penduduk Zon 4 USJ 1 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk memberi penerangan berkenaan bahayanya Ahlong dan jalan penyelesaian dalam Program Kempen Cegah Jenayah Semperna Zon Bersih 2017.
Di dalam program ini, wakil penceramah PPIM, DR Izham Nayan menerangkan akan bahaya dan kesan-kesan buruk yang bakal terjadi jika seseorang itu berurusan dengan Ahlong atau lintah darat ini. Topik yang dibawa oleh DR Izham Nayan ini telah membuka mata penduduk berkenaan terhadapa bahayanya Ahlong.
Penerangan statistik jenayah yang berlaku di sekitar kawasan USJ yang diberikan oleh Asistan Superintenden Polis, ASP Jasni Bin Zolpa sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada penduduk sekitar. Terdapat banyak kes yang terjadi seperti pecah rumah, samun dan sebagainya. Selain itu beliau juga memberi sedikit nasihat tentang keselamatan kepada penduduk sekitar zon 4.
Selain itu, penerangan berkenaan jenayah komersial juga diberikan oleh Inspektor Syafikah bt Salehuddin, Bahagian Jenayah Komersial Balai Polis USJ 8. Jenayah jenis ini sering terjadi dan agak sukar untuk diselesaikan kerana penjenayah sangat licik. Ada antara mereka menggunakan dokumen-dokumen yang sah disisi undang-undang untuk menipu mangsa.
WhatsApp Image 2017-05-20 at 10.39.03 WhatsApp Image 2017-05-20 at 10.39.15