Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RATUSAN KORBAN TAHANAN SETAHUN, JIKA KESAN ADVERS PENJARA KAJANG JADI KAYU UKUR – RAYMOND RAJ – SAMUDERA.MY – 20/01/2022
21 Jan 2022

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 – “Untuk pengetahuan anda sekalian, jumlah penghuni penjara di seluruh Malaysia 25 Ogos 2021 adalah sebanyak 69,507. Jika seluruh tahanan diberikan vaksin dan sekiranya peratusan sama sebanyak 0.0043 itu digunakan sebagai kayu pengukur, kita mungkin akan menyaksikan kadar korban sebanyak 299 tahanan.”

Kenyataan itu disampaikan oleh PPIM Anti-Mandate Vaccination Immunisation Committee, Raymond Raj dalam sidang media yang dijalankan secara maya bersama Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti-Dikriminasi Dan Salah Laku pada 04 Januari 2022 lalu.

Pada 30 November 2021, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Kajang, Tuan Mohd Andri Hj Mohd Rizuan mengutuskan surat kepada Pegawai Kesihatan Daerah bagi menyatakan keprihatinan terhadap 4,185 tahanan penjara yang telah divaksin dan berada di bawah pengawasan beliau.

Daripada sejumlah 4,185 tahanan yang diberi vaksin, terdapat 18 kes AEFI (Adverse Effects Following Immunisation) telah direkodkan di Penjara Kajang. Antara kes lain, dua tahanan telah meninggal dunia, 3 mengalami gejala berkaitan jantung, 3 kes strok, Bell’s Palsy, lemah anggota dan kecederaan saraf.

Tidak cukup dengan itu, berlaku tiga lagi kes abscess (bengkak bernanah) berjarak yang mana abscess tersebut tidak timbul pada tempat yang divaksin tetapi timbul di bahagian lain. Dua daripadanya perlu melakukan pembedahan dan enam kes lain berkaitan dengan jangkitan paru-paru.

Perkara ini amat membimbangkan kerana kesan-kesan vaksin yang ditunjukkan tidak memberi manfaat yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kemudaratan yang berlaku.

Sehubungan dengan itu, pihak PPIM turut memberikan penghargaan kepada Tuan Mohd Andri yang mengambil inisiatif untuk menulis surat kepada Pegawai Kesihatan Daerah agar dapat dipertimbangkan semula mengenai pemberian dos ketiga kepada semua tahanan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang prihatin dengan isu ini, menggesa agar pemberian vaksin terhadap tahanan penjara dapat dikaji semula dan mungkin memberikannya mengikut keperluan tertentu memandangkan penjara adalah sebuah persekitaran tertutup dan mempunyai interaksi minimal dengan pihak luar.

Artikel oleh: Samudera.my

RATUSAN KORBAN TAHANAN SETAHUN, JIKA KESAN ADVERS PENJARA KAJANG JADI KAYU UKUR – RAYMOND RAJ

https://www.samudera.my/ratusan-korban-tahanan-setahun-jika-kesan-advers-penjara-kajang-jadi-kayu-ukur-raymond-raj/