Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RAUDHAH COLLEGE LAHIRKAN GRADUAN IKUT KEHENDAK INDUSTRI – MALAKAT TRIBUNE – 18/12/2020
19 Dec 2020

CYBERJAYA – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman yakin Raudhah College mampu memainkan peranan melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri.

Beliau berkata, program-program yang ditawarkan oleh Raudhah College yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Pembangunan Awal Kanak-Kanak juga amat relevan dan bersesuaian.

“Saya yakin Raudhah College sentiasa komited dan berusaha melahirkan graduan mempunyai daya saing yang tinggi bagi penuhi kehendak industri sekaligus menyumbang kepada negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman ketika merasmikan Raudhah College hari ini

“Pembukaan Raudhah College ini memberikan peluang pendidikan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada ramai penuntut selari dengan misi Kementerian Pengajian Tinggi.
“Jadi usaha pembukaan Raudhah College diyakini mampu melahirkan graduan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan pembangunan negara,” katanya.

Majlis perasmian Raudhah College

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Raudhah College kampus Cyberjaya hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar.
Sementara itu, Dr. Taha berkata, Raudhah College menawarkan program peringkat sijil dan diploma dalam beberapa kursus pengajian antaranya pendidikan awal kanak-kanak, halal culinary art, leadership management dan akaun.

Dr. Taha menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman

“Semua program ini ditawarkan di kampus Raudhah College di Cyberjaya dan Bukit Merah, Perak di mana semuanya menawarkan jaminan kerja kepada bakal graduannya.

“Dengan tagline ‘work ready-work guarantee’ kami menawarkan ekosistem yang menyeluruh di mana pelajar juga berpeluang menjadi sebahagian daripada industri mengikut kursus pengajian yang diambil,” katanya.

Bagi melahirkan lebih ramai graduan, kampus yang boleh menampung sehingga 1,600 pelajar dalam satu-satu masa ini sedang dalam proses pengambilan pelajar baharu.

Artikel oleh: Malakat Tribune

RAUDHAH COLLEGE LAHIRKAN GRADUAN IKUT KEHENDAK INDUSTRI

https://www.malakattribunenews.com/2020/12/raudhah-college-lahirkan-graduan-ikut-kehendak-industri/