Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SAMBUNG BAYAR CARI BALA – METRO ONLINE – 24/1/2017
25 Jan 2017

PPIM_1485250157

Kuala Lumpur: Sambung bayar umpama mencari bala. Perumpamaan itu diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung isu sambung bayar kenderaan yang merekodkan kerugian lebih RM1 juta sepanjang tahun lalu.

Ia membabitkan kaedah bayaran bulanan kepada bank tanpa menukar nama menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian selepas syarikat jualan kereta terpakai ‘gulung tikar’ dan gagal dikesan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aduan isu berkenaan semakin meningkat kebelakangan ini selepas pengadu berdepan kemungkinan muflis akibat kegagalan pihak ketiga membayar ansuran.

“Rekod kita mendapati ia semakin meningkat. Pembeli asal menyerahkan kereta kepada syarikat jualan, namun tanpa pengetahuan mereka, ia diserahkan kepada pihak ketiga secara sambung bayar.

“Bagaimanapun, mereka gagal membayar dan beban itu ditanggung pemilik seperti disenarai hitamkan. Ada juga kes syarikat sudah tutup dan enggan bertanggungjawab kerana kenderaan diserahkan kepada orang lain,” katanya pada sidang media hari ini.