Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SCAM CHINA: TANGKAP SAMPAI DAPAT, PERIKSA TRANSAKSI BANK – ISMAWEB – 25/11/2019
26 Nov 2019

BANGI, 28 Rabiulawal 1441H, Isnin – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mengkaji semula polisi kemasukan warga asing, susulan penangkapan warga China dalam aktiviti scam atau penipuan atas talian, baru-baru ini.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu penting supaya negara tidak terdedah dengan pelbagai ancaman daripada pihak luar.

Beliau berkata, dasar yang digubal oleh Jabatan Imigresen terlalu bebas dan sindiket mungkin tidak wujud sekiranya kerajaan lebih tegas menggubal polisi berkenaan.

“Sebab kalau kita lihat imigresen tegas bukan main, tapi macam mana pula tiba-tiba ramai warga China boleh terlepas?

“Ini ada orang Pakistan nak bawa anak pun tak boleh masuk dan kena pulang semula ke negara asal. Jadi macam mana perempuan ada anak umur setahun kena keluar balik dan tak boleh masuk Malaysia. Kenapa keadaan boleh jadi macam ni pula?,” soalnya hairan.

Terdahulu, Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 warganegara terbabit dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Semua yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.

Jumaat lalu, polis juga menumpaskan kegiatan sindiket penipuan dalam talian di sebuah taman perumahan di Klebang, Melaka yang juga membabitkan warga China.

Sebanyak enam premis di kawasan perumahan itu diserbu dalam gerakan ‘Op Pelican’ selama lima jam bermula 3 petang, sebelum 51 warga China, termasuk 10 wanita ditahan bersama seorang lelaki serta seorang wanita tempatan.

Kesemua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 45 tahun sedang melayari internet, dipercayai sedang melakukan aktiviti penipuan dalam talian seperti tawaran pinjaman wang dan perjudian.

Sindiket terbabit dipercayai menyasarkan warga China dan aplikasi ‘QQ’ serta ‘WeChat’ untuk mencari mangsa.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, dalang sindiket penipuan ini boleh ditangkap menerusi kerjasama daripada semua pihak.

Beliau berkata, gambar-gambar di kamera litar tertutup (CCTV) boleh menjadi bukti selain berpandukan saksi-saksi yang terbabit.

“Kita kena tengok siapa yang keluar masuk bangunan. Lihat semula transaksi akaun sebab wang dalam akaun mesti berbalik semula kepada ketua penipu. Tengok juga bank mana yang ada.

“Malah, ‘owner’ akaun mesti daripada kalangan kaum Cina. Jadi, perkara ini semua memerlukan siasatan terperinci,” tegasnya.

Artikel oleh: Ismaweb

SCAM CHINA: TANGKAP SAMPAI DAPAT, PERIKSA TRANSAKSI BANK 

https://www.ismaweb.net/2019/11/25/scam-china-tangkap-sampai-dapat-periksa-transaksi-bank/