Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SELAMA MANA LAGI KITA MAHU TERHINA – MALAKAT TRIBUNE – 02/07/2020
02 Jul 2020

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (tengah) bersama Coach Fadzil (empat dari kiri) dan Toqqi (empat dari kanan) pada Hari Bertemu Vendor di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Kelemahan umat Islam terutama dalam bidang ekonomi berpunca daripada sikap dan amalan budaya ‘lemah’ yang sudah lama sebati.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, umat Islam tidak boleh terus mempersalahkan bangsa asing dalam persaingan perniagaan sebaliknya perlu mencari jalan keluar untuk bangkit lebih hebat.

“Selama mana lagi kita mahu rasa terhina di bumi sendiri kerana sedar atau tidak kita sendiri yang buat kita hina,” katanya ketika berucap dalam majlis Hari Bertemu Vendor Malakat Mall di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Toqqi berkata, beliau sering ditanya mengenai punca kenapa orang Islam di negara ini lemah dalam pelbagai segi dan jawapannya perlu dilihat pada diri sendiri.

“Kita selesa dengan budaya yang lemah. Yang tak pandai buat kerja, kerja sambil lewa, menipu dan sebagainya.

“Kita tidak melatih diri untuk jadi lebih berdisiplin, bersih dan lebih bertanggungjawab.

“Tengok sahaja masjid pun tidak bersih dan kasut di rumah pun tak pernah tersusun,” katanya.

Sedangkan katanya, jalan keluar kepada permasalahan dan kehinaan itu cukup mudah dengan syarat terus berusaha membaiki kelemahan diri.

Menurut beliau, contoh terbaik yang boleh dilihat dalam dunia perniagaan adalah pencapaian Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Coach Mohd Fadzil Hashim.

“Dalam masyarakat kita tak ramai yang boleh buat kerja, kalau ada seorang yang boleh buat kerja kenapa kita tidak boleh ikut?

“Hari ini kita sudah ada perjuangan yang jelas dalam sektor ekonomi iaitu Malakat Mall.

“Kenapa tidak sokong gerakan BMF. Sampaikan di Perak ada arahan larangan kempen BMF di masjid,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

SELAMA MANA LAGI KITA MAHU TERHINA

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/selama-mana-lagi-kita-mahu-terhina/