Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SELAMATKAN EKONOMI USAHAWAN MUSLIM! – PPIM – 18/01/2020
20 Jan 2020

Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam 2020 pada kali ini merupakan anjuran pertama IReal Academy yang diadakan di Kompleks Brainy Bunch, Cyberjaya.

PPIM dijemput sebagai penceramah jemputan bagi menerangkan mengenai topik ‘Selamatkan Ekonomi Usahawan Muslim’.

“Kita perlu berlapang dada dan perlu kuat demi mengubah dan membawa perbezaan dalam hidup. Selain itu, kita juga perlu ada perancangan awal supaya kita dapat mencapai apa yang dikehendaki dan bukannya merancang kegagalan.”- Toqqi @ Nadzim Johan dalam perkongsiannya tengah hari tadi.

Seramai 650 peserta secara keseluruhan menyertai konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini. Mereka dikongsikan ilmu daripada sembilan pakar yang mahir dalam bidang tersendiri walaupun yuran penyertaan hanyalah RM100.

Sebarang pendaftaran atau pertanyaan lanjut, klik di link https://tinyurl.com/KKKi2020.

#PPIM #BrainyBunch #UsahawanIslam #Wawasan2020