Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SEMBANG SANTAI KOPPIM SARAT MAKLUMAT – MALAKAT TRIBUNE – 10/07/2021
10 Jul 2021

CYBERJAYA – Gerakan membina ekosistem Islam yang bebas riba tidak akan berjaya sekiranya nadi penggeraknya tidak memahami strategi dan langkah yang disusun bagi merealisasikan hasrat itu.

Berikutan itu, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) malam tadi menganjurkan sesi bual bicara santai dengan menjemput Ketua Pegawai Eksekutif, Syaraff al-Sadat bagi memperincikan butiran halatuju dan sasaran KoPPIM kepada nadi penggeraknya iaitu para ahli.

Buat masa ini, KopPPIM mempunyai seramai kira-kira 28,000 ahli, dengan pertambahan ahli baharu bertambah hari ke hari.

Syaraff antara lain menekankan, tujuan utama KoPPIM ditubuhkan adalah untuk keluar daripada sistem kapitalis yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

“Data yang kita ada menunjukkan, 8 individu terkaya dunia mempunyai kekayaan hampir sama dengan 3.6 bilion penduduk dunia.

“Jadi, di mana sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘kekayaan diagihkan dengan sama rata’ itu?” kata Syaraff ketika sesi tersebut.

Dalam ekosistem Islam yang sedang cuba digerakkan ini, kekayaan diagihkan sama rata, dan pada masa yang sama, unsur riba turut dihapuskan.

“Fokus kita bukan mencari untung, tetapi untuk berkongsi.

“Segala keuntungan dalam perniagaan yang KoPPIM ceburi, akan disalurkan kembali kepada ahli yang melabur,” tambah beliau.

Beliau turut berkongsi 11 pelan strategik KoPPIM dalam membina ekosistem ini, dan menggariskan tindakan para ahli supaya hasrat ini dapat dicapai menjelang 2030.

“Paling penting, para ahli perlu niatkan usaha kita adalah untuk keluar daripada sistem ekonomi sekarang yang mengutamakan riba.

“Pada masa yang sama, teruskan melabur minima RM100 sebulan ke dalam KoPPIM dan pindahkan belanja runcit ke Kumpulan Malakat,” tambah Syaraff lagi.

Artikel oleh: Malakat Tribune

SEMBANG SANTAI KOPPIM SARAT MAKLUMAT

https://www.malakattribunenews.com/2021/07/sembang-santai-koppim-sarat-maklumat/