Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2751) SIASAT KES AIR BOTOL BERSALIB DIEDAR KEPADA ORANG RAMAI – PORTAL ISLAM & MELAYU – 17/5/16
17 May 2016

YUSUF-768x768

BANGI, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menyiasat kegiatan pengedaran air botol bertanda salib secara percuma kepada orang awam.

Pemberian air tersebut dipercayai berlaku di sebuah pasar raya di Manjung, Perak oleh beberapa individu.

Berdasarkan maklumat pada botol itu, air tersebut adalah keluaran Chin Hock Chinese Methodist Church iaitu gereja di Setiawan Perak.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM mesti mengambil tindakan segera kerana ini menglibatkan isu sensitiviti agama.

“Ini bukan perkara main main. Jika air ini dijual di gereja mungkin tidak menjadi masalah, tetapi kalau berada di pasaran dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja sangat bahaya.

“Apatah lagi kita terima maklumat ia diberikan secara percuma. Saya harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan serius dan teliti,” katanya.

Sumber : http://ift.tt/1XwjWJg

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/