Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA | MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER – PPIM – 02/07/2020
02 Jul 2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah mengadakan satu sidang media bagi majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber kepada YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya.

PPIM mengambil tindakan proaktif untuk menyerahkan Memorandum bertujuan untuk menjadikan isu dan aduan ini sebagai satu agenda utama masyarakat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memorandum tersebut mengandungi pelbagai aduan seperti tawaran pakej telko oleh agen-agen yang tidak telus dan perkhidmatan telko yang tidak memuaskan, isu penipuan penggunaan ID dan data peribadi dalam media siber, ‘online scammer’, penipuan perkhidmatan pinjaman secara online yang hanya perlu klik dan mudah pinjam yang dirancang oleh Ahlong, juga isu judi online telah berlaku terhadap masyarakat semakin berleluasa dengan pelbagai strategi.