Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA : OILCO HAPRAK, NOTIS PEMBERHENTIAN 30 HARI TANPA SEBAB – PPIM – 20/6/2017
20 Jun 2017

IMG_6407

20 Jun 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar di Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Sungai Buloh, berkenaan dengan kes pencabulan hak terhadap rakyat Malaysia yang menjadi operator stesen minyak yang turut dilayan seperti hamba abdi dengan kezaliman melampaui adab kemanusiaan.

“Wajarkah surat diberhentikan perkhidmatan hanya dengan notis 30 hari sedangkan kebanyakan mereka berkhidmat ada yang menjangkau 46 tahun?” antara persoalan yang diajukan oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan, berhubung isu ini.

“Mereka yang menjadi mangsa ini telah melaksanakan arahan kerajaan tetapi salah sebuah syarikat pengeluar minyak petrol gergasi sewenangnya melanggar arahan yang dikeluarkan” tambahnya lagi.

IMG_6458

Dato Nadzim Johan turut berharap supaya isu ini dapat dinilai semula dan menyeru supaya semua jabatan mahupun pihak berwajib sama-sama berjuang menentang pembuli.

“PPIM akan terus membongkar kes-kes seperti ini dan kami minta Pengurus Besar (GM) syarikat minyak gergasi terbabit untuk tampil berjumpa dengan kami pada 30 Jun ini bagi menjelaskan sebab munasabah perkhidmatan beberapa operator ini diberhentikan secara mengejut” tambahnya lagi.

“Tujuan sidang media pada hari ini adalah untuk sesi pertanyaan dan bukan menuduh mana-mana pihak, sebab tiada sebarang sebab munasabah yang dinyatakan dalam notis yang diterima oleh semua operator” ujar Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, yang turut hadir bagi menegakkan hak beberapa operator yang terkesan akibat isu ini.

“Kesemua operator juga memaklumkan bahawa mereka telah berjumpa dengan syarikat gergasi terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima” tambahnya lagi.

IMG_6470

Pihak berwajib digesa supaya mencari jalan penyelesaiaan yang adil bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak tanpa menjatuhkan nama baik keduanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia, Dato’ Mohd Rofaie Dato’ Mohd Hamdan, turut terkilan dengan tindakan yang dikeluarkan oleh syarikat minyak gergasi terbabit mengganggu periuk nasi kesemua yang terkena tempias dalam isu ini terutamanya kakitangan yang terpaksa diberhentikan menjelang Aidilfitri yang hampir tiba.

“Tiada satu proses untuk tamatkan perkhidmatan yang betul. Mereka hanya bagi satu surat dalam tempoh 30 hari perlu bungkus dan keluar dari premis” ulasnya.

“Kebanyakkan mereka adalah bumiputera, seharusnya kerajaan khususnya KPDNKK dapat mengambil tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini.”

Peneraju Nagasari Kristal Sdn. Bhd, Fauziah Ahmad Fadzil, yang juga merupakan salah seorang mangsa pencabulan hak ini berharap bahawa pihak syarikat minyak gergasi terlibat dapat menyatakan sebab dan menjawab segala persoalan yang timbul.

IMG_6546

“Selama 17 tahun, kami selalu dapat markah tinggi dalam perkhidmatan pelanggan, jadi mengapa kami perlu ditamatkan perkhidmatan?”

“Modal permulaan kami setengah juta tapi sewenangnya kami diberi notis tamat dalam masa 30 hari.”

“Harapan saya supaya KPDNKK jangan hanya melihat dari sudut OilCo sahaja, lihat juga dari pihak kami yang berada dihadapan ini seolah dianaiya.” tambahnya lagi.