Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA : PELAJAR PINTAR TIDAK DIHARGAI – PPIM – 1/3/2017
01 Mar 2017

IMG_1211 copy IMG_1218 copy

1 Mac 2017 – “Kita amat kesal kerana mereka ini dalam landasan yang bagus tetapi mereka tidak dibiayai” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan di dalam sidang media berkenaan seorang pelajar pintar yang tidak dapat meneruskan pengajian beliau atas dasar kekangan kewangan.

Remaja yang berusia 16 tahun ini dikenali sebagai Afiqah Zakirah yang telah menduduki program Asasi Science di Universiti Taylors dan lulus dengan cemerlang.

Di jangkakan jika Afiqah menyambung pengajiannya, beliau bakal menjadi seorang doktor pada usia 21 tahun sekaligus menjadi doktor termuda di dalam dunia. Ini mampu menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Namun, hasrat beliau tergantung akibat kos pembiayaan pengajian yang terlalu tinggi.

“Afiqah dijadualkan untuk memulakan pengajian perubatan pada 27 Mac 2017. Beliau memerlukan hampir RM 100 ribu setahun dan program perubatan ini berlansung selama 5 tahun yang keseluruhan yurannya boleh mencecah setengah juta ringgit”, kata Puan Zabedah Mohamed, Ibu kepada Afiqah Zakirah. Beliau merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak dan masih menanggung dua lagi anaknya yang masih lagi belajar.

“Kami meminta bantuan-bantuan dari rakan media mahupun kerajaan supaya meneliti semula perkara yang terlepas pandang bagi anak-anak pintar ini. Mungkin ada program tertentu atau cara yang tertentu boleh dibuat di negara kita untuk mengumpulkan semua pelajar pintar ini dan disokong oleh kerajaan supaya mereka boleh pergi ke fullest potential “ tambah Puan Zabedah.

“Kami hendak lihat kejayaan” Jelas Dato’ Nadzim Johan supaya Kementerian Pendidikan mampu melakukan sesuatu dalam mengatasi perkara ini dan agar ia tidak terjadi kepada pelajar-pelajar pintar yang lain.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini. Anda boleh menghubungi Zabedah Mohamed di talian 019-2335826 atau boleh juga menghubungi pihak PPIM untuk maklumat.