Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA : SAMBUNG BAYAR…SAMBUNG BALA! – 24/1/2017
24 Jan 2017

8

 SAMBUNG BAYAR…SAMBUNG BALA!

PPIM 24/1/2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengadakan satu sidang media yang bertujuan untuk mendesak pihak bank dan kerajaan untuk merombak atau mengkaji semula akta-akta jual beli supaya ia mampu membela nasib-nasib pengguna ataupun penjual.

“Aduan tentang sambung bayar ini adalah salah satu aduan yang besar kami terima di PPIM” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan di dalam siding media yang diadakan di PPIM Villa Putri Condominium

Katanya lagi “ makin hari aduan yang diterima makin bertambah, ini kerana mereka tidak memahami undang-undang dan ada yang bagi kenderaan kepada syarikat kereta dan selepas dikira masih lagi ada hutang walau selepas dijual. Selepas itu syarikat kereta itu tutup, pembeli lari yang menanggu pemilik kenderaan”

Beliau menyuarakan rasa kerisauan apabila terdapat satu trand dimana syarikat kenderaan dengan secara rasmi memberi kaedah sambung bayar sedangkan di dalam undang-undang tiada kaedah seperti ini dan mereka menjadikan ia sebagai satu perniagaan.

Persoalannya mengapa mereka melakukan cara sebegini? Ini kerana untuk mendapatkan loan adalah sukar bagi pembeli.

“Bank ini pun kadang-kadang macam sakit jiwa juga, menyusahkan orang” ini adalah ungkapan datuk Nadzim untuk mengambarkan perbankkan.

Dengan ini pihak PPIM meminta Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk melihat keadaan ini semula dan PPIM memberi cadangan agar Bank Negara membenarkan cara sambung bayar ini secara sah atau menambah akta untuk sambung bayar. Selain itu pihak berkenaan hendaklah memberi kuasa kepada pihak berkanun supaya mereka boleh melakukan tugas dengan lebih dan efektif

Selain itu ada juga kes dimana bank meminta pengguna menyerahkan kenderaan kepada bank. “kita ingatkan serahkan kepada bank selamat tapi tidak.”kata Said Kamarul Zaman Aktivis PPIM. Bank akan melelong kenderaan itu dengan harga yang tidak masuk akal sehingga ada lebihan atau short fall dan baki ini dibiyar sehingga pengguna dikenakan bankrupsi.

“ Keuntungan bank datang dari pengguna yang meminjam jadi lebih banyak peminjam yang baik lebih baik untuk bank namun peminjam yang tidak baik dia mesti berusaha untuk membaikkan peminjam itu” kata Sheik Karim Pakar Perujuk PPIM.
1 2 3 4 6 7