Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIKAP AMBIL MUDAH PUNCA JADI MANGSA SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN – PPIM – BERITA RTM – 15/10/2020
21 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Sindiket penipuan dalam talian merupakan‘ancaman’ kepada masyarakat.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, jenayah terancang ini, perlu ditangani dengan lebih serius dan sistematik termasuk melalui fungsi hebahan media.

Beliau berkata, sikap ambil mudah segelintir masyarakat menjadi punca utama mangsa diperangkap.

Tambah beliau, Indeks jenayah penipuan dalam talian mengalami trend peningkatan mendadak terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac lalu.

Sumber PDRM merekodkan, jumlah keseluruhan jenayah indeks semasa kes berkenaan dari 18 Mac hingga 30 Jun ialah 1,742 kes.

Artikel oleh: Berita RTM

SIKAP AMBIL MUDAH PUNCA JADI MANGSA SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN – PPIM

https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/22671-sikap-ambil-mudah-punca-jadi-mangsa-sindiket-penipuan-dalam-talian-ppim