Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[sim] MINTA PANDUAN : Terkena buatan orang
14 Feb 2011

Salam,
Ibuku telah kembali ke rahmatullah pada 9.40 pagi,Sabtu,22.01.2011. Kisahnya bermula begini,

Ibuku adalah seorang ibu yang amat penyayang.Kasihnya terhadap anak2 tidak pernah berbelah bagi sehinggakan suamiku sendiri menyayanginya lebih daripada ibunya sendiri.Kata suamiku,amat susah nak mencari seorang mertua seperti ibuku. Rutin harian ibuku adalah seperti orang2 lain juga.Awal pagi bangun untuk solat subuh dan disudahi dengan mengaji.menyediakan sarapan,menyapu laman rumah.Setiap pukul 10 akan mengadakan solat dhuha.Adik2 ku sudah besar.Yang bongsu ingkatan 5 pada tahun ini.Kami 6 beradik.Hanya aku dan adikku sahaja yang baru  mendirikan rumahtangga.
Ibuku mengasuh 3 orang anak saudaraku berumur 1,4 dan 7 tahun.Adikku tidak mahu menyusahkan ibu dengan mengasuh anak2nya tapi kata ibuku,biarlah anak2nya menjadi teman sementara ayah dan adik2ku yang lain tiada dirumah.Kasih sayangnya terhadap cucu2nya tak berbelah bagi.selepas adik bongsuku pulang dari sekolah, ibuku akan ke surau berdekatn untuk mendengar ceramah agama(selalunya hari selasa,khamis dan sabtu).Setiap hari juga ibuku akan mengerjakan solat maghrib dan isyak di surau berdekatan rumah, tak pernah miss.orang2 kampung amat senang dengan ibuku.Beliau amat ringan tulang untuk menolong orang,menziarahi orang sakit,mendengar masalah orang,amanah dan penyabar. Bulan 8 tahun lepas,tiba2 ibu mengalami batuk yang pelik. Kahak teramat banyak keluar. Adik2 telah membawanya ke beberapa klinik tapi masih tiada perubahan. 

Aku yang tinggal di K.Lumpur telah pulang dan mumujuk ibu untuk ke hospital.Ibu hanya akur dengan pujukanku. Ibu telah ditahan selama 2 minggu.Berbagai ujian darah,pengambilan tisu dilakukan tapi doktor tiada apa2 pengesahan tentang penyakitnya.At last, ibu disahkan mengidapi tibi.Semasa di hospital,ada 4-5 orang mencadangkan supaya ibu dibawa berubat kampung.Katanya ibu ada gangguan luar.Aku ada terfikirkan perkara itu kerana setiap kali aku atau sesiapa sahaja mengurut,memicit ibu,badan akan sakit,lebam2 atau demam.

Keluar dari hospital,kami membawa ibu ke DarulSyifa K.Trg.Kami amat terkejut kerana supa2nya batuk yang dialami ibu adalah santau angin yang dihantar orang. kaca kalimantan,berus periuk,bulu hitam telah keluar dari badan ibu. Ibu telah kami bawa berulang kali ke Darul Syifa sehinggalah tiada lagi apa2 yang keluar dari badan ibu semasa rawatan.Kami amat gembira dengan perubahan baik ibu.Tetapi keadaan itu tidak lama.Ibu mengalami pula sakit2 badan yang tak terhingga sehingga mengguling2 kesakitan.Kami tidak sangguip melihatnya.Seorang ustaz yang kebetulan memberi ceramah di surau yang selalu ibu pergi telah kami panggil. Ustaz amat terkejut, katanya ada orang sakit hati dengan ibu(tetapi tidak diberitahu siapa).Ini kerana anak2 ibu semuanya baik2 dan tak pernah bergaduh sesama sendiri.Tidak seperti anak ‘orang’ itu yang x pedulikan dia(setelah dikorek berulang2 kali oleh ayah,barulah diberitahu)Ada jarum yang ditanam di bawah rumah.Astaghfirullah….. Ustaz itu turut kelihatan sedih kerana dia mengenali ibu.Katanya, kenapa ada orang yang dengki dengan orang yang baik seperti ibu..Setelah beberapa kali berubat dengan ustaz itu, ibu beransur sembuh.. Satu hari,ibu saudaraku membawa seorang kenalannya yang pandai berubat.Katanya sama dengan ustaz yang mengubati ibu,ada orang dengki dengan ibu kerana anak2 semuanya baik2.ada lagi beberapa klu yang diberi tetapi kami masih x tau siapa.Tapi yang pasti jiran terdekat kami.Ibu beransur baik.Kami sentiasa mengawasinya dari segi pemakanan,ubat2an dan sebagainya.
Hari Ahad,16-1-11 selepas Maghrib,ibu tiba2 pelik.Mata x mahu dibuka,badan teramat lemah,x menyahut bila orang memanggil.Ayah yang x sedap hati telah memanggil semua saudara2mara datang.Kami membaca Yassin beramai2.Ibu kegelisahan.Ustaz dipanggil.Setelah dibcakan ayat2 suci Al Quran,barulah ibu dapat membuka mata dan mengenali kami semua.Dia meminta maaf dari kami semua jika dan salah dan silap yang telah dilakukan,halalkan semuanya. Katanya semua orang telah dia maafkan.Semuanya tidak disimpan didalam hati.Dia amat sayangkan semua orang.Kami amat sayu.Semua sepupuku,mak dan bapa saudaraku menangis kerana ibu amat rapat dan baik dengan mereka. Keesokan hari,ibu nampak lain macam.Mata tidak mahu dibuka,bercakap dalam bahasa siam.Menjelang Asar,ada bau busuk berdekatan ibu.kami memanggil ustaz lain datang kerumah.Pelik tapi benar,turun saja dari kereta,ustaz itu telah muntah2 sambil menekup hidung.tiba2 dia bersilat di atas jalan didepan rumah.Selepas itu sebilah keris dikeluarkannya dan dihunus pada pokok mangga didepan rumah kami sambil membaca ayat2 Quran. Dia amat terkejut melihat keadaan ibu.Katanya ibu terkena buatan orang.Setelah dikorek oleh ayah,katanya orang itu adalah jiran kami,dengki dengan ibu.Ustaz itu telah memagar rumah dengan menabur garam,cili,lada hitam,asam keping di sekeliling rumah.Semasa ustaz itu menabur bahan2 itu ke atas atap rumah,keluar percikan api yang kuat di atas bumbung.Kami amat takut ketika itu…
Setiap kali selepas Asar,Ibu akan bercakap perkataan2 yang pelik.Mata langsung tidak mahu dibuka.Minum melalui straw.Makan sedikit sangat.Akan ada bau yang busuk selepas Asar sehingga Maghrib dan selalu ada seekor lalat yang pelik selalu terbang berdekatan ibu sahaja. Tetapi semangat ibu sangat kuat,walaupun dia dalam keadaan itu,ibu masih mahu sembahyang(sambil duduk).Selalu kami bisikkan ditelinga dengan bacaan ayat2 Kursi ditelinganya dan Alhamdulillah, masih ibu boleh ikuti bacaan itu.Menjelang hari Khamis,ibu sudah tidak mahu makan dan tidak mengenali orang.Tanda2 ibu akan pergi sudah ada.Hidung ibu sedikit bengkok,telinga semakin jatuh.Kami tak berhenti membacakan Yassin untuk ibu.Kami tidak bersedia untuk kehilangan ibu yang amat kami sayangi.Ibu adalah ibu yang terbaik kami ada.Pada hari Sabtu pagi,setelah kami mengelap badan ibu,menukar baju ibu,mamakaikan ibu stokin,ibu membuka mata sambil tersenyum lebar.Kami amat gembira. Kebetulan ketika itu semua adik bradik,ayah,kakak ibu,bapa saudara ibu ada dirumah.Kami menyuapkan air.Ibu minum banyak.Ayah tersenyum tetapi mengeluarkan air mata.Kami pelik, ibu memandang ayah seperti mengatakan sesuatu dan ayah hanya mengangguk,Ibu menarik nafas panjang dan ayah cepat2 mengajarkan ibu mengucap sebanyak 3 kali.Ibu sempat mengikut ayah mengucap,tersenyum dan menutup mata buat selama2nya.Kami amat merasakan amat tidak percaya dengan pemergian ibu yang sekejap itu.
Amat ramai yang datang menziarahi jenazah ibu,sehinggakan rumah rumah sentiasa penuh dan orang terpaksa tunggu untuk melihat ibu buat kali terakhir. Wajah ibu amat tenang.Ramai mengatakan wajah ibu seperti bayi yang sedang tidur,tersenyum.Kulitnya bersih.Adik2 perempuan saya telah memandikan ibu buat kali terakhir.Sungguh lembut tubuh ibu.Seperti badan seorang bayi,licin,bersih,lembut.Satu ruang rumah penuh dengan orang mendirikan sembahyang jenazah.Kami amat terharu dengan keikhlasan orang untuk menyembahyangkan ibu dengan jumlah yang ramai.Alhamdulillah.
Tidak akan ada lagi selepas ini :
1. Bebelan ibu yang amat kami suka dengar
2. Masakan ibu yang tiada tandingannya
3. Ceramah ustaz yang ibu sampaikan kepada kami
4. Nasihat ibu yang tidak pernah memenangkan mana2 pihak
5. Suara ibu mengaji
6. Dan banyak2 lagi budi pekerti ibu yang sangat baik dan kami rindui
Hingga hari ketujuh,masih ada orang yang datang ke rumah kerana tidak mengetahui pemergian ibu. Bahkan ramai yang kami tidak kenali. 80% orang yang datang menziarahi jenazah ibu akan menitiskan air mata.Kami bangga mempunyai ibu yang amat disayangi semua orang. Sehinggakan ayah berpesan,jadilah seperti ibu,amat disayangai orang.Sebenarnya kami amat sakit hati dengan orang yang telah mengenakan ibu dengan cara ini.Semoga dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah…
Kisah ini hanyalah luahan hati saya yang amat sedih dengan pemergian ibu.Walaupun ibu telah pergi,tapi ibu tetap dan masih hidup dan segar di hati kami.Kepada sesiapa yang masih ada ibu,hargailah dan sayangilah ibu sepenuh hati.Ibu yang telah pergi tidak akan ada penggantinya lagi. Kepada sesiapa yang tinggal berjauhan,selalulah bertanya khabar ibu.Seorang ibu dan ayah tidak mengharapkan duit anak2 semata2, tetapi hanyalah perhatian,kasih sayang dari anak2. Bebelan ibu adalah satu nikmat,saya merasakannya sekarang.Suara ibu amat saya rindui…… Diharapkan kepada sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkah AL-Fatihah kepada ibu saya.Amiiiinn.
2011/2/8 Prince of Yan lancer4g93t@…
____________________________________________________________
Salam, 

saya berada di kawasan Petaling Jaya, adik saya ada masalah terkena buatan orang… kalo ada maklumat bomoh atau pawang yang terbaik mohon maklumkan kepada saya SEGERA.. dah 3 bulan adik saya sakit, Darul Shifa pun dah pergi, tapi belum ada keizinan dari Allah untuk sembuh lagik, kes adik saya ni, kalo ada bomoh atau pawang yg pandai.. syaitan yang merasuk tu akan keluar, namun selepas balik dari rumah bomoh, syaitan itu akan masuk semula ke badan adik saya, itu yang menimbulkan masalah utama, mmg dia akan baik dalam tempoh yang singkat namun, penyakit rasukan tu akan kembali semula tidak lama kemudian.

dari apa yang bomoh/pawang yang telah cuba ubatkan adik saya sebelum ini, adik saya telah termakan makanan yang disihirkan oleh orang yg dikenalinya, dan mereka ada gambar yang digunakan untuk pemujaan.. setiap kali mereka puja gambar adik saya, maka dia akan kesakitan dan seringkali hilang pedoman.
keluarga saya dah berusaha dengan pelbagai bomoh dan pawang, namun sekiranya ada kawan2 yang tahu atau kenal dengan mana2 bomoh/pawang perubatan Islam.. amatlah saya alu-alukan. kalo jenis bomoh atau bomoh yang jenis puja atau tidak mengamalkan amalan Islam, saya tidak mahu cuba .
mohon bantuan semua. terima kasih.
_____________________________________________________________
From: Nurul Azwan <nurulazw@…>
Sent: Tuesday, February 8, 2011 6:11 PM
saya taktahu kat mana pawang atau bomoh yg hebat. tp saya ada sekumpulan yg pandai dlm hal ini. ia bukanlah pawang atau bomoh tetapi ilmu yg boleh dipelajari spt ilmu doktor, kejuruteraan, kompuer dan sebagainya yg diajarkan di universiti. cuba lah bawa kepada kumpulan ini. pd saya kumpulan ini adalah yg terbaik… lokasi di taman melawati KL
nie no utk dihubungi   019 2287 955  019 2287 955
______________________________________________________________
2011/2/9 haringaroo 360 <haringaroo360@…>
lancer4g93t,
Barangsiapa yang membacakan Surah Al-Baqarah di dalam rumah mereka, nescaya tidak akan masuk jin dan syaitan kedalam rumah-rumah itu selama 3hari…
Saudara boleh amalkan membaca surah Al-Baqarah didalam rumah dan ini merupakan salah satu usaha kita memohon perlindungan dari Allah S.W.T.
‘Hasbunallah wanikmal wakil’ (QS surah Ali-Imran:173)
– Cukuplah Allah (sebagai penolong) kami dan Dia sebaik-baik pelindung.
InsyaAllah, dengan keizinan Allah, masalah saudara dapat diatasi.
_______________________________________________________________
Salam semua, terima kasih atas balasan email ini, saya amat menghargai bantuan rakan2 semua, di sini saya ingin sekali bercerita berkaitan dengan penyakit adik saya ini:
1. setelah banyak kali berjumpa dan berubat dengan bomoh/pawang/pusat perubatan: mmg byk amalan dan petua/bacaan doa yang diberikan untuk diamalkan… dan kami sekeluarga tidak putus2 membaca al-quran, berzikir, membaca yassin dan malahan setiap malam, kami akan pasang CD mengaji sepanjang malam ketika hendak tidur, namun .. mungkin Allah masih mahu menguji kami sekeluarga dan belum mengizinkan untuk pengyakit/sihir ini untuk sembuh lagi.
2. saya pun tidak pasti iblis/jin/syaitan apa yg mereka kirimkan/sihirkan ke atas adik saya ni.. sehingga syaitan2 itu begitu degil dan berkeras tidak akan tinggalkan badan adik saya… seperti yang saya ceritakan sebelum ini, kalo ada yang pandai berubat sekali pun (setakat ini) hanya bertahan paling lama 2 minggu, selepas itu akan berulang setiap hari… seperti “akan ada balasan kalo ada percubaan untuk berubat”… namun kami tidak lah hilang kepercayaan kepada ALLAH SWT… kerana itulah, saya memohon kalo kawan-kawan yang tahu berkaitan dengan perkara ini, mohon bantulah saya, adik saya dan keluarga saya.. saya bukan hendak merungut atas ujian ini, tapi hal ini memang amat berat untuk ditanggung, ia melibatkan masa, wang dan tenaga yang banyak..
3. ada juga pusat rawatan/bomoh/pawang yang menjalankan rawatan secara bukan islam… (pada pandangan saya), spt mengamalkan aktiviti “menurun”, pemujaan dan lain-lain yang bertentangan Islam, saya seboleh2 nya cuba mengelak dari mendapatkan rawatan sedemikian. dan ada juga yang seperti hendak mengambil kesempatan ke atas kita yang mempunyai masalah ini, seperti mengenakan bayaran hingga beribu2 ringgit, yang mana secara ikhlas saya beritahu, saya dan keluarga tidak mampu untuk menjelaskan rawatan sebanyak demikian.
4. satu lagi masalah adik saya, oleh kerana keluarga saya berasal dari Utara, saya dan adik tinggal di KL dan PJ, setiap kali pulang berubat dikg, adik saya akan sedikit pulih, namun apa bila pulang ke KL/PJ akan melalui kawasan Perak, (negeri tempat dia terkena sihir), maka secara automatik seluruh badan dia akan sakit seperti dicucuk2 dan panas membara, seperti ada sihir yang dikenakan agar dia tidak boleh melalui negeri Perak pulak,
5. Masalah kerasukan adik saya ni kekadang agak pelik, kerana kekadang syaitan yang masuk ke dalam diri dia tu boleh berpura2 bahawa adik saya dah sihat, tapi sebenarnya bukan dia yang bercakap dan berkata2..kerana dah banyak kali terjadi sedemikian,
6. Insya-Allah, selagi diizinkan oleh Allah untuk saya berusaha mengubati adik saya, saya akan berusaha. dan terima kasih atas bantuan dan sokongan rakan2 semua dalam membantu saya, jasa baik anda semua tidak lah dapat saya balas kecuali hanya dari ALLAH swt sahaja. sekian.
______________________________________________________________
From: rio hirowati <riorhs@…>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 9 February 2011 10:48:53
Subject: Re: [sim] MINTA PANDUAN : Terkena buatan orang
Jikalau adik awak liat solat memang enar syaitan mengganggu. Jadi, solat dapat menyelesaikan banyak masalah. Juga baca 3 Qul, pasti berkesan.
________________________________________________________________
From: Fauziah Ismail <giiey_80@…>
Subject: Re: [sim] MINTA PANDUAN : Terkena buatan orang
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 8 February, 2011, 11:23 PM
 http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp
 Cuba pergi syifa-alhidayah
macam-macam penyakit bileh di ubati
ustaz Lokman & ustaz asraff
Daripada
fauziah ismail
________________________________________________________________
2011/2/9 zimy mtmh <zemy_colour@…>
Salam,,semua
Mengapa masalah atau penyakit tu berulang-ulang..
Antara yang dapat di kenal pasti… identiti kita sebagai manusia di alam nyata ini telah di kenali oleh makluk di alam ghaib..
Biasanya semasa berubat..makluk ghaib dipaksa keluar dan dia pun akur kerana takut,sakit dan pedih.. tapi itu sekejap ja..dan dia akan kembali kerana telah sedap jadikan manusia ini makanannya..dan enjoy tengok kita derita.
 Ada jaga orang yang pandai dan berilmu boleh mengubah identiti kita selepas di ubatinya kepada identiti yang lain..jadi makluk ghaib yang sebati menghurung kita selama ini tidak lagi mengenali diri kita.. selepas itu kita bebas dari dari cengkaman dari makluk ghaib itu.
mula lah tambahkan amalan dan banyakkan berzikir.
­_____________________________________________________________
Tajuk ini sangat membantu, ramai lagi di luar sana yang memerlukan info seperti ini, termasuk diri saya yg selama ini tercari2 maklumat tersebut. saya ingin berkongsi, ada seorang ustazah di Padang Jawa, Shah Alam mungkin boleh membantu. namanya Ustazah Maznah, 0162651214
­______________________________________________________________
Salam sahabat,
 Kepada Prince of Yan dan sahabat-sahabat SIM yang lain.
Sejak awak meluahkan masalah ini dlm SIM, memang terlalu banyak respon mengenai bantuan untuk mengubati gangguan yang telah berlaku kpd adik awak ni.
Jadi disini saya pun terpanggil utk mengesyorkan bantuan kpd awak.
Sebelum ini,ada sahabat SIM,tak silap saya,Nurul Azwan telah syorkan perubatan di Tmn. Melawati.
Dan saya menyokong penuh perubatan di sana .
Pengalaman tentang perubatan di sana memang betul-betul meyakinkan saya.
Perubatan di sana tidak diiklankan atau dihebahkan seperti dlm tv atau media, Cuma dari mulut ke mulut sahaja.
Memang dah lama perubatan itu,malah dah pusing 1 Malaysia dan luar Negara utk tujuan perubatan.
Buat pengetahuan awak, kaedah perubatan di sana bukan sekadar mengesan,malah terus menangkap jin itu.
Kepada si pesakit,pengubat akan memagarnya dari apa sahaja bentuk gangguan makhluk halus selepas itu.
Mungkin agak pelik bagi anda mendengarnya tapi itu kenyataan di sini.
Jika awak nak tahu tempat tu lebih lanjut,saya boleh terangkan tempat itu.
Sahabt-sahabat SIM juga banyak yg telah mesyorkan tetang bacaan ayat al-quran untuk menghalau gangguan makhlus halus.
Ya,itu benar tetapi harus diingatkan,bacaan itu bukan sekadar digunakan bila berlaku gangguan sahaja.Yang sepatutnya,bacaan itu perlu diamalkan acap kali supaya sebati dengan diri. Kita tak sepatutnya mempergunakan al-quran itu utk satu-satu tujuan tetapi harus diamalkan ibarat al-quran itu berada di dlm diri kita.
Malah,sekadar syahadah sahaja dah cukup jika kita benar-benar yakin dengan intipati al-quran.
 Sekian,sekadar mahu berkongsi.
­­­­­­­____________________________________________________________________________________________________
From:  royselinda abd.rahman <hadirah74@…>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Friday, 11 February 2011 11:31:09
Subject: Re: [sim] MINTA PANDUAN : Terkena buatan orang
banyak pengamal perubatan skrg ni yg meletakkan harga..ada yg register aje dah kena rm100…kos lain2 ada yang sampai beratus…kadang2 kasihan pd orang2 yg sangat memerlukan pertolongan…adalah zalim mengambil wang orang yg teraniaya yg mengharap bantuan pengamal perubatan terutama yg dah komersial nielah…klu sekali pergi 200 kena ulang 2 3 kali tak ke parah…knpe mesti ada ulangan ek..
______________________________________________________________
Re: [sim] MINTA PANDUAN : Terkena buatan orang
Betuuui tu… Itu belum tentu baik. Kalau baik tak le marah sangat.
 Ada antara pengamal ini suruh kita beli produk mereka yg kadang2 tu tiada kaitan dgn penyakit yg di timpa.