Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40 – MALAYSIA DATELINE – 02/07/2019
05 Jul 2019

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenal satu skim pinjaman mikro bagi membantu usahawan golongan B40 di kawasan bandar untuk memulakan perniagaan, yang akan dilancarkan tahun ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, skim berkenaan akan memberi bantuan pinjaman minima RM2,000 hingga RM10,000.

Katanya, pinjaman tersebut tidak sahaja tertakluk pada usahawan wanita, malah golongan ibu dan bapa tunggal juga boleh memohon.

“Kita ada unit sosioekonomi yang memberi latihan kepada golongan asnaf dan B40 yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Kita juga sedang berbincang supaya yayasan Wilayah dapat memperkenal bantuan kewangan kepada usahawan melalui mikro kredit sebagai sokongan para usahawan memulakan perniagaan atau sebagai tambah modal kepada mereka.

“Jumlah minima yang bakal diberikan masih belum dibincangkan tetapi ia sekitar RM2,000 hingga RM10,000. Penduduk Kuala Lumpur boleh memohon skim ini dan kami akan pertimbangkan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Jamuan Mesra Raya meraikan warga istimewa dan rakan media

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Presiden Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (Wehuman) Srizan Safar @ Irene Catalina. dan pelajar dari Tahfiz Al Hidayah, Jalan Gurney yang diraikan dalam majlis hari raya yang diadakan.

Artikel oleh: Malaysia Dateline

SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40

https://malaysiadateline.com/skim-mikro-kredit-bakal-diperkenal-bantu-usahawan-b40/