Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SSPZ BANTU TINGKAT EKONOMI ISLAM – UTUSAN – 19/09/2019
20 Sep 2019

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan aplikasi Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SSPZ) bagi memudahkan umat Islam membeli produk keluaran syarikat Muslim itu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pengenalan aplikasi itu sekali gus akan mengukuhkan kekuatan ekonomi masyarakat Islam di negara ini.

Katanya, matlamat utama aplikasi itu untuk menjadi platform yang menterjemahkan kekuatan pengguna dan peniaga Islam, khususnya mereka mengeluarkan zakat.

“Aplikasi ini dijadikan sebagai platform memudahkan sebarang rujukan, pertukaran maklumat, aduan, perkongsian yang menyatukan umat Islam dengan lebih kuat dari segi ekonomi. Bila ekonomi umat Islam kuat maka yang lain tidak mempunyai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi tersebut di Ibu pejabat PPIM di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, tambahnya, PPIM turut mengalakkan umat Islam menghadiri Persidangan Inovasi Makanan Tempatan 2019 kendalian bukan Muslim pada 24 hingga 27 November ini bertujuan membantu bakal usahawan memulakan perniagaan.

Katanya, persidangan tersebut membantu para peniaga Muslim mempelajari selok-belok perniagaan di samping mmemperoleh sijil halal dengan piawaian yang betul dan merupakan satu langkah disokong PPIM dalam meningkatkan ekonomi Melayu dan Islam. – UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

SSPZ BANTU TINGKAT EKONOMI ISLAM

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/sspz-bantu-tingkat-ekonomi-islam-1.973558