Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
STATISTIK MELAYU MUFLIS PERLU DIKURANGKAN – KOSMO ONLINE – 4/11/17
06 Nov 2017

Screen Shot 2017-11-06 at 3.42.07 PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu statistik individu muflis yang melibatkan orang Melayu di negara ini dikurangkan dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu sejumlah 20,000 individu itu dikeluarkan daripada statistik itu dalam tempoh setahun.

Ia akan digerakkan atas kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Justeru, peruntukan sebanyak RM500,000 turut disalurkan dalam menggerakkan aktiviti membantu pengguna Islam yang tersepit dan dianiayai disebabkan pinjaman ahlong dan perjudian haram dalam talian.

“Kita lihat juga bahawa apa yang sedang diterjemahkan oleh PPIM dan kita punya kekangan kewangan dan saya tahu bahawa kerja fardu kifayah.

“Peruntukan ini bukan untuk beli baju, buat aktiviti dan laporan kepada saya. Saya mahu kerjasama dengan (Datuk Seri) Azalina,” katanya ketika berucap dalam Forum Pengguna ke- 7 dengan tema ‘Gerakan Kuasa Pengguna’ di Menara Felda di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha PPIM, Datuk Maamor Osman.

Forum tahunan ini adalah anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Yayasan Patriotik Negara Malaysia, dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM).

Tambah Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, peruntukan secara one off itu akan diperuntukkan bagi menyelesaikan masalahnya peminjam dengan syarikat pinjaman wang dan ahlong.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat 53 peratus daripada 50,000 individu muflis di negara ini terdiri daripada orang Melayu.

Tambahnya, kementeriannya akan turut meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana akta berkenaan sudah tidak sesuai untuk dilaksanakan masa kini.

“Akta Rumah Judi terbuka hanya sesuai pada tahun 1953. Kini akta itu tidak lagi relevan. Saya telah arahkan penasihat undang-undang untuk mengubah (meminda) akta ini kerana ramai yang dimangsakan perjudian atas talian,” katanya.

Tambahnya, pindaan itu bagi membolehkan tindakan lebih berkesan dan relevan untuk jangka masa panjang diambil dalam membendung kegiatan judi haram termasuk perjudian dalam talian. – K! ONLINE

 

https://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm