Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUBSIDI PETROL BERSASAR KAEDAH BAIK SALURKAN BANTUAN: PPIM – SINAR HARIAN – 06/10/2019
07 Oct 2019

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan sistem pelaksanaan program subsidi petrol bersasar yang memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) satu kaedah yang baik untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka yang berpendapatan tinggi atau golongan berkemampuan tidak lagi layak menikmati subsidi melalui sistem baharu itu.

“Sudah lama sebenarnya mereka yang berkemampuan iaitu memiliki pelbagai kenderaan menikmati harga minyak subsidi.

“Sedangkan golongan miskin hanya menikmati manfaat yang sedikit kerana mereka hanya mempunyai motosikal,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau turut berharap supaya kaedah yang bakal diperkenalkan itu tidak menindas mana-mana pihak.

“Sistem pelaksanaan baharu ini sangat baik untuk membolehkan golongan miskin memperoleh bantuan sewajarnya.

“Kalau ada golongan miskin (penerima Bantuan Sara Hidup) yang tidak tersenarai sebagai penerima subsidi kerajaan perlu ada kaedah alternatif untuk mereka membuat rayuan,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan yang dibuat perlu kepada kajian secara menyeluruh dan mendalam.

Artikel oleh: Sinar Harian

SUBSIDI PETROL BERSASAR KAEDAH BAIK SALURKAN BANTUAN: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/50762/BERITA/Nasional/Subsidi-petrol-bersasar-kaedah-baik-salurkan-bantuan-PPIM