Home SUKARELAWAN PPIM – SOALAN LAZIM

SUKARELAWAN PPIM – SOALAN LAZIM

by Zharif Johor

1. Apa itu Sukarelawan PPIM?
Sukarelawan PPIM adalah sekumpulan pengguna dibawah pimpinan PPIM yang berjuang dan berdiri bersama-sama untuk menjadi mata dan telinga PPIM dalam menyampaikan dan memberi maklumat tentang peranan dan tanggungjawab PPIM, serta membantu dan menjadi tunjang utama dalam aktiviti kesukarelawanan dan program yang dianjurkan PPIM.

2. Apakah Peranan & Tanggungjawab Sukarelawan PPIM?
Sila Rujuk Maklumat Di Peranan & Tanggungjawab Sukarelawan PPIM.

3. Apakah Terma & Syarat Bagi Sukarelawan PPIM?
Sila Rujuk Terma & Syarat Sukarelawan PPIM Di Terma & Syarat Sukarelawan PPIM.

4. Berapakah Had Umur Untuk Menjadi Sukarelawan PPIM?
Sukarelawan PPIM terbuka kepada mana-mana individu dan tidak mempunyai had umur.

5. Adakah PPIM Mengenakan Yuran Pada Sukarelawan PPIM?
Untuk makluman, tiada yuran dikenakan untuk menjadi Sukarelawan PPIM. Namun begitu, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Sukarelawan PPIM untuk menyumbang kepada Tabung Perjuangan PPIM bagi membantu pergerakan aktiviti serta program yang dianjurkan oleh PPIM.

6. Apakah Manfaat Menyertai Sukarelawan PPIM?
Sila Rujuk Maklumat Di Manfaat Sukarelawan PPIM.

7. Adakah Sijil Akan Diberikan Kepada Sukarelawan PPIM?
Sukarelawan PPIM akan menerima sijil penyertaan apabila menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh PPIM.

8. Apakah Contoh-contoh Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Sukarelawan PPIM?
Aktiviti-aktiviti Sukarelawan PPIM berteraskan kepada aktiviti khidmat komuniti seperti gotong-royong, rewang, membersihkan masjid, bengkel kesedaran dan didikan pengguna serta aktiviti-aktiviti kebajikan.

9. Bagaimana Saya Boleh Lihat Aktiviti Terkini Sukarelawan PPIM?
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti Sukarelawan PPIM melalui Facebook PPIM Official dan Instagram PPIM Official.

10. Bagaimana Cara Untuk Saya Mendaftar Sebagai Sukarelawan PPIM?
Permohonan dari mana-mana individu yang ingin menjadi Sukarelawan PPIM hendaklah dikemukakan dalam borang yang ditetapkan sama ada secara bertulis, secara online di laman web PPIM atau menerusi Whatsapp di link Sukarelawan PPIM.

11. Sekiranya Saya Sudah Mendaftar Sebagai Sukarelawan PPIM, Adakah Saya Diwajibkan Untuk Menyertai Setiap Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh PPIM?
Anda akan dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran PPIM. Namun demikian, segala penyertaan aktiviti adalah bukan di atas paksaan dan bergantung kepada kelapangan masa Sukarelawan PPIM itu sendiri.

12. Saya Adalah Ahli, Bolehkah Saya Berdaftar Sebagai Sukarelawan PPIM?
Boleh. Anda boleh berdaftar sebagai Sukarelawan PPIM dengan melayari laman web PPIM www.ppim.org.my.

13. Saya Pernah Daftar Sebagai Ahli, Adakah Saya Akan Didaftarkan Sebagai Sukarelawan PPIM?
Tidak. Anda perlulah mendaftar sebagai Sukarelawan PPIM sekiranya anda berminat untuk menyertai Skuad Sukarelawan PPIM.

14. Berapakah Bilangan Sukarelawan PPIM Yang Berdaftar Setakat Ini?
Jumlah Sukarelawan yang berdaftar setakat bulan September 2019 adalah seramai 1,000 orang.

15. Adakah Pengadu Wajib Daftar Sebagai Sukarelawan PPIM?
Tidak wajib, tetapi mereka digalakkan untuk berdaftar sebagai Sukarelawan agar pengadu turut mempunyai tanggungjawab sosial ke atas masyarakat.

16. Apa Yang Perlu Saya Lakukan Sekiranya Ingin Berhenti Menjadi Sukarelawan PPIM?
Sukarelawan PPIM amat menghargai kesedian dan kesetian para Sukarelawan dalam bersama-sama menggembleng tenaga dan masa untuk aktiviti-aktiviti kebajikan. Namun demikian, jika Sukarelawan ingin berhenti daripada menjadi Skuad Sukarelawan PPIM, tuan / puan boleh menghantar emel rasmi kepada bas@ppim.org.my.

17. Adakah Sukarelawan Mempunyai Tamat Tempoh?
Tidak. Sukarelawan tidak mempunyai sebarang tamat tempoh. Namun demikian, anda digalakkan untuk sentiasa mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirangka agar mendapat maklumat yang berterusan.

18. Bolehkah Sekiranya Saya Ingin Mengetuai Skuad Sukarelawan Di Negeri Saya? Contoh: Terengganu.
Tidak. Skuad Sukarelawan PPIM tidak boleh diketuai oleh Sukarelawan PPIM yang berdaftar kerana segala pergerakan untuk aktiviti kesukarelawan PPIM akan dipimpin oleh pegawai PPIM sendiri.

Sila Masukkan Maklumat Di Bawah Sekiranya
Anda Berminat Menjadi Sukarelawan PPIM:
Pihak Kami Akan Menghubungi Anda Untuk Maklumat Lanjut