Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUMBANGAN AWAM BANTUAN BANJIR MULA DIEDARKAN – VOICE – 27/01/2021
28 Jan 2021

SUMBANGAN AWAM BANTUAN BANJIR MULA DIEDARKAN

Oleh Faizal Nazaruddin
Foto: Ezreen Abd. Talip

KUALA LUMPUR – Hampir RM500,000 jumlah sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak sempena Misi Bantuan Pasca Banjir akan diagih-agihkan kepada mangsa di tiga negeri terlibat dalam bencana itu baru-baru ini.

Misi sumbangan tersebut merupakan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, kutipan sumbangan sebelum ini dilaksanakan menerusi www.sumbangan.com selama 12 hari bermula 10 Januari lalu berjaya mengumpul RM100,000 daripada orang ramai termasuk usahawan.

Inisiatif tersebut turut menerima sumbangan daripada penaja utama, syarikat pengeluar pakaian Muslimah, Sabella Holdings Sdn Bhd yang memberikan 4,000 pasang baju kurung bernilai RM320,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Antara barangan bantuan yang terlibat termasuk mesin basuh, keperluan harian, sabun pencuci pakaian serta pelbagai barangan kegunaan harian yang akan diagih-agihkan kepada magsa di Johor, Pahang dan Kelantan.

“Usaha ini adalah sebagai meringankan beban mangsa banjir ketika negara sedang mendepani pandemik COVID-19 selain menyokong usaha kerajaan yang turut menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas program perlepasan bagi mengangkut bantuan terutama barangan elektrik di pejabat PPIM di Keramat, hari ini bagi fasa pertama pengagihan bantuan.

Perlepasan kenderaan mengangkut barangan sumbangan bagi fasa pertama ini disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Sebanyak enam buah lori APM digunakan bagi mengangkut barangan untuk bantuan yang bakal diagihkan ke rumah mangsa banjir di Kota Tinggi, Masai, Pasir Gudang dan Skudai melalui kerjasama Jawatankuasa Bencana Daerah.

Fasa kedua dan ketiga bakal dilaksanakan di Kelantan dan Pahang sebaik agihan di selatan tanah air selesai. – VOICE

#odejee

Article oleh: VOICE

SUMBANGAN AWAM BANTUAN BANJIR MULA DIEDARKAN

https://www.facebook.com/100282114724065/posts/432460878172852/?d=n