Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUMBANGAN INFAK REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA – DAGANGNEWS – 24/07/2021
26 Jul 2021

SEPANG 24 Julai — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah mengadakan acara sumbangan Infaq Rezeki kepada 200 pemandu teksi KLIA bernilai RM16,000. 

PPIM di bawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) mengadakan kerjasama dengan PERKESO, KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM). 

Menurut PPIM lagi, barangan tersebut adalah tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penyelaras, pemanduk teksi juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat gentir ini.

“Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan ASNAF dan B40.

“Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan pada tarikh yang dinyatakan di atas.” Katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, pihaknya mahu pemandu teksi dan penerima manfaat yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka.

Menurut beliau, bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur.

“Setakat hari ini, sebanyak lebih 100,000 penerima manfaat Infaq Rezeki telah disalurkan. Melalui jalinan kerjasama dari pelbagai agensi ini juga diharap memberikan impak yang positif.

“Kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan Infaq Rezeki supaya lebih ramai akan menerima manfaat,” ujar beliau.

Beliau berkata, dana bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai atau pendanaan awam menggunakan platform atas talian iaitu sumbangan.com. — DagangNews.com

Artikel oleh: Dagang News

SUMBANGAN INFAK REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA

https://www.dagangnews.com/sumbangan-infak-rezeki-kepada-pemandu-teksi-klia-7633