Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUMBANGAN MUSTAPHA DIIKTIRAF ARAB SAUDI – KOSMO – 2/5/19
02 May 2019

Kosmo ( sumbangan mustapha diiktiraf arab saudi ) 2.5.19

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican menerima pengiktirafan khas daripada kerajaan Arab Saudi susulan sumbangan beliau terhadap kerja-kerja kebajikan di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman M. Al Herfi berkata, pihaknya berasa bangga dan berbesar hati mengenali tokoh yang banyak menabur jasa dalam menjaga kepentingan ummah sejagat.

“Mustapha banyak memberi sumbangan unik di negara-negara ASEAN, malah beliau juga berjaya mendapat pengiktirafan yang besar daripada kerajaan Kemboja meskipun mereka bukan negara beragama Islam.

“Pengiktirafan itu diberi berdasarkan beberapa faktor antaranya beliau berjaya membina lima buah masjid dalam tempoh lima tahun di Kemboja selain menubuhkan 10 buah surau, tiga buah sekolah agama serta 1,566 buah perigi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sheikh Abdul Rahman menambah, beliau juga akan membawa hal berhubung pengiktirafan itu ke Riyadh, Arab Saudi untuk pertimbangan sewajarnya sebagai Tokoh NGO Antarabangsa Bagi Kesejahteraan Ummah Sejagat.

“Hubungan yang terjalin antara Arab Saudi dan Malaysia juga disifatkan begitu baik dan ia dapat dilihat menerusi kerjasama melibatkan pengajian agama, diplomatik serta perhubungan perdagangan.

“Kerjasama NGO Islam dengan ahli akademik antara kedua-dua negara juga baik malah banyak perkara yang dilaksanakan bagi mengeratkan lagi perhubungan tersebut dari semasa ke semasa,” jelasnya.

 

Artikel oleh : Kosmo

SUMBANGAN MUSTAPHA DIIKTIRAF ARAB SAUDI