Pengurus Syarikat Pemborong Pakaian Sarah, Fikri Nasrun berkata, sumbangan tersebut diberikan menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa dalam usaha membantu masyarakat Islam yang kurang berkemampuan.

 Selain itu katanya, sumbangan berkenaan turut di berikan demi meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa terutama dalam aspek sosial.

“Kita telah melihat kesungguhan NGO menyumbang bakti selama 20 tahun kepada umat Islam di Kemboja.

“Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya amat mencabar. Saya kagum dengan semangat kental NGO berkenaan dan berharap ia dapat menjadi inspirasi serta rujukan kepada golongan muda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan kepada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.

Tambah Fikri, pihaknya merancang untuk memberi sumbangan seterusnya dalam pelbagai bentuk barangan pada masa hadapan bagi kegunaan masyarakat Islam di sana.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya menerima sumbangan tersebut untuk diberikan kepada masyarakat Islam di Kemboja. – UTUSAN ONLINE