Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SYOR OPERASI BERKALA PANTAU HARGA KEDAI ACEH – UTUSAN MALAYSIA – 04/08/2020
04 Aug 2020

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melaksanakan pemeriksaan berkala di kedai-kedai runcit milik warga asing bagi menangani isu kenaikan harga barang secara melampau.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kementerian juga perlu mencari mekanisme lain bagi menangani isu harga barang yang menjadi dilema antara pengguna, peruncit serta pemborong yang mana isu itu tidak pernah berkesudahan.

“Operasi perlu dilakukan secara bersama dengan agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.

“Dalam masa sama perlu ikut kapasiti agensi supaya mereka juga tidak terbeban,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan adanya operasi seperti itu, peniaga ingkar sudah pasti lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Jacob George berkata, isu kenaikan perlu diselesaikan di peringkat bekalan dan bukan hanya pada peruncit serta peniaga semata-mata.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

SYOR OPERASI BERKALA PANTAU HARGA KEDAI ACEH