Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“TAK MASUK AKAL, IKN TIADA DATA TERKINI BAGI PESAKIT KANSER”- Toqqi
31 Dec 2019

Statistik jumlah pesakit kanser yang tidak lengkap menimbulkan kerisauan PPIM kerana statistik yang sedang digunakan kini sudah terlalu ‘lapuk’ untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi memberi kesedaran kepada pengguna di Malaysia.

Wartawan PPIM telah menghubungi Unit Kanser Registri, Institut Kanser Negara (IKN) bagi mendapatkan statistik pesakit kanser terkini. Mengejutkan PPIM apabila pihak IKN memaklumkan bahawa laporan data lengkap yang telah dikeluarkan pada 2017 hanyalah statistik yang diperolehi sehingga tahun 2011 sahaja.

“Laporan kedua telah dikeluarkan bagi tahun 2012 hingga 2016, namun kami masih menunggu kelulusan ‘press statement’ sebelum diterbitkan ke dalam web rasmi IKN. Kami perlu mengikut prosedur antarabangsa bagi memastikan data tersebut mencukupi dan lengkap dalam tempoh dua tahun”- Unit Kanser Registri.

Menurut Unit Kanser Registri, laporan lengkap bagi tahun 2016 ke bawah akan dikeluarkan tidak lama lagi, namun bagi laporan data tahun terkini masih belum dilakukan.

“Pada saya, perkara ini memang tidak logik apabila Institut Kanser Negara (IKN) tidak mempunyai rekod terkini. Bagaimana kesedaran kanser boleh disebarkan kepada pengguna sekiranya laporan data terkini tidak dapat dikeluarkan?”- Toqqi @ Nadzim Johan.

PPIM menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan IKN melihat kembali isu ini supaya kesedaran penyakit kanser dan cara pencegahannya dapat disebarkan kepada pengguna dengan lebih efisien.