Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PAKEJ AUTA UMRAH – HARIAN METRO – 4/7/2017
05 Jul 2017

harian metro 5.7.2017

Tak mungkin pakej umrah serendah RM3 500 Harian Metro

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan wujudnya pihak tertentu yang mempromosi pakej umrah pada harga serendah RM3,500.

Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abd Halim Ikhsan berkata, pihaknya menerima maklum balas orang ramai mengenai tawaran itu yang jelas berunsur penipuan kerana harga semasa ditetapkan pihak berwajib bermula dari RM5,000.

Katanya, berdasarkan siasatan, ia membabitkan syarikat terkenal, ejen dan orang tengah yang berpengalaman menguruskan ibadat umrah sebelum ini.

“Kita dapati ada mutawif yang berpengalaman tetapi tidak mempunyai lesen. Jadi mereka mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan walaupun dengan cara menggunakan agama,” katanya kepada Harian Metro.

 Katanya, kos semasa paling minimum untuk mengerjakan umrah seperti tiket pergi balik RM3,200, visa (RM300), kit umrah (RM200), muassasah (RM2,200) dan air zam-zam iaitu sebanyak RM15.

“Jadi mana mungkin harga serendah RM3,500. Justeru saya harap orang ramai berhati-hati dengan tawaran harga murah. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline PPIM di 03-40504454,” katanya

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/242314/tak-mungkin-pakej-umrah-serendah-rm3500