Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TAK SUDAH-SUDAH ORANG MELAYU JADI SASARAN – PPIM – 09/12/2019
10 Dec 2019

Restoran Ali Café Tomyam Seafood di Bangsar diberi notis pengosongan restoran gara-gara restoran tersebut dibina atas tanah rezab kerajaan. Perjanjian yang berbaki 5 tahun itu, dibatalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) tanpa persetujuan pengusaha kedai. 

En Ali Syed Mohamed berkata, beliau telah mengusahakan perniagaan sejak tahun 1996 dan telah pun mendapat lesen dari penguatkuasaan sendiri. 

“Semasa restoran ini ditubuhkan saya tidak mendapat apa-apa notis larangan untuk saya menubuhkan restoran ini, malah saya diberi lesen perniagaan serta mendapat kelulusan utiliti.”

“Saya mohon kerajaan berikan penangguhan supaya saya boleh menghabiskan tarikh perjanjian walaupun ianya telah dilakukan bersama kerajaan sebelum ini.”

Restoran yang menelan hampir RM3,000,000.00 tersebut akan dirobohkan oleh penguatkuasa dalam tempoh yang terdekat. 

Menurut Presiden PPPBWPKL, Dato’ Seri Haji Rosli Sulaiman, tindakan kerajaan yang membatalkan lesen perniagaan dan ingin merobohkan restoran Ali Café Tomyam Seafood ini dianggap satu penganiayaan kepada pengusaha. Hal ini kerana tiada sebarang notis larangan penubuhan restoran ini diberikan sebelum ini.

Jika ingin dibandingkan, banyak kedai-kedai ‘menempel’ yang diusahakan oleh warga asing terutamanya di pusat bandar terutamanya di Brickfields, Jalan Petaling, Jalan Silang, Pasar Selayang, dan Jalan Chow Kit. 

Beliau berkata, penguatkuasa dan kementerian seharusnya bertindak kepada golongan ini dahulu sebelum memastikan warga tempatan mematuhi syarat dan perundangan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Sekiranya terdapat warga tempatan yang memajakkan lesen perniagaan kepada warga asing, saya meminta lesen tersebut dibatalkan dan disita,” tambahnya lagi.