Sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini merupakan tanda penghargaan PPIM dan YPNM kepada pihak media masa yang sentiasa memberikan sokongan dalam setiap program yang dianjurkan oleh mereka selama ini.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih mesra dengan panggilan toqqi, 55, menyifatkan kesungguhan pihak media dan rakan strategik yang selama ini banyak membantu mempromosikan PPIM sedikit sebanyak telah membuka minda rakyat untuk mempercayai landas perjuangan PPIM yang terbukti telah banyak membantu mangsa-mangsa yang teraniya sebelum ini.

“Kami di PPIM tidak punya dana yang banyak untuk membantu setiap mangsa terutamanya dari segi wang ringgit, namun kami ada kepakaran dan orang-orang hebat yang sentiasa ada bersama kami untuk membantu membawa PPIM lebih maju ke hadapan.”

Menurutnya lagi dia amat berharap dan mengalu-alukan agar banyak lagi pihak di luar sana terutamanya persatu-an-persatuan, NGO-NGO dan individu supaya tampil menjalinkan kerjasama dengan PPIM agar persatuan ini mampu melangkah jauh membela nasib orang ramai selepas ini.

Dianggarkan hampir 1000 tetamu termasuk pihak media dari pelbagai agensi termasuk media massa, media cetak dan elektronik memeriahkan majlis tersebut. Selain itu program tersebut turut dihadiri oleh wakil dari Yayasan Pa-triot Negara, Tuan Yann Razal dan Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. – UTUSAN ONLINE