Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TERIMA KASIH, ANDA HERO MEREKA! RM1,514,887.50 TELAH BERJAYA DISERAHKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN – PPIM – 28/10/2020
28 Oct 2020

Syukur, Alhamdulillah! Jutaan terima kasih diucapkan buat dermawan yang telah bersama kami menjayakan kempen-kempen kami. Hasil sumbangan ikhlas anda yang sudi berkongsi rezeki, sejumlah RM1,514,887.50 dana telah berjaya terkumpul.

Terukir senyuman dari sekecil-kecil sumbangan.

Siapa sangka? Berganda jumlah yang dapat kita sama-sama kumpulkan apabila kita bersatu membantu, baik dari yang memberi sumbangan mahupun menyebarkan kempen kami.

Sungguh, kami terharu membayangkan wajah ceria mereka apabila menerima pek makanan asas dan bantuan susu hasil sumbangan anda yang tak putus-putus memberi di saat mereka benar-benar perlu. Apatah lagi keluarga-keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Besar harapan kami agar kita boleh bantu lebih ramai lagi insan-insan yang kurang berkemampuan di saat ini. Mudah-mudahan usaha anda yang murah hati memberi akan dapat semula manfaatnya di akhirat nanti. Insya-Allah.

“Ikhlas Memberi, Murah Rezeki.”

https://sumbangan.ppim.org.my/